Isnin, April 06, 2009

Rakaman "Muslim Teenagers"

Rakaman Bual Bicara
"Muslim Teenagers"
2hb April, 4hb April dan 9hb April 2009M
.
Bertemakan "Muslim Teenagers", tahun ini RTB dan Pusat Dakwah Islamiyyah memilih beberapa buah sekolah merakamkan beberapa episod bual bicara berkonsepkan dakwah dalam Bahasa Inggeris.
.
SMALHB di bawah Unit Rohani, Ko-Kurikulum telah memilih beberapa peserta mewakili sekolah dalam rancangan ini. Bertindak sebagai pengacara ialah Cikgu Hajah Norhazizah Haji Abd Wahab dan Cikgu Nur Al-Ashikin Dr. Haji Abdullah menjadi pemudahcara selama 3 hari rakaman berlangsung. Manakala 2 orang pelajar yang terpilih ialah Abd. Hafiz bin Haji Samat dan Nur 'Atiqah binti Haji Abu Bakar dari Sains 6 Ramadi.
.

.
Antara objektif rancangan terbitan RTB dan Pusat Dakwah Islamiyyah ini adalah memberi kefahaman dakwah Islam khususnya kepada mereka yang bukan beragama Islam dan tidak bertutur dalam Bahasa Melayu. Dengan konsep sebegini, penganut agama lain dapat memahami erti Islam dalam perspektif sebenar.
Di samping itu juga, secara tidak langsung dapat mempertengahkan nama SMALHB ke mata masyarakat sebagai satu-satunya Pra-Universiti di Brunei Darussalam yang mengutamakan Tri-Lingual sebagai bahasa penghantar iaitu : Bahasa Arab, Inggeris dan Melayu.
.
.
.
.
.
Tajuk-tajuk dalam 3 episod bual bicara "Muslim Teenagers" yang diutarakan oleh wakil SMALHB ialah :
Episod pertama : The Importance of Zikir
Episod kedua : Desirable Habits of A Muslim Teenager
Episod ketiga : Respect To Elderly
.
.
.
Bergambar kenang-kenangan bersama wakil SMALHB dan krew dari RTB dan Pusat Dakwah Islamiyyah.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sapa tau bila ceta ni kna gual rh tb?sapa2 yg tau,tpun ja ku..no ku...2222077:P

Baby Milo berkata...

mcm ku kilala numbur tilipun atu ? awu eh..saun2 ah bla main d tb ? nway,cngrtz eh..org smalhb mampu dexpose kn smpai k tb...p aku bangga sal drg shooting jua rah taman ah..msuk jua dlm tb lukisan ku sma lukisan kwn2 ku lain..hehe..mabruk2..