Memaparkan catatan dengan label Biasiswa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Biasiswa. Papar semua catatan

Isnin, September 20, 2010

Nur Hafilah Salihah Terima Biasiswa "Sultan's Scholar"

Majlis Penganugerahan Biasiswa "Sultan's Scholar"
20hb September 2010M - Isnin
Istana Nurul Iman
.
Dayang NurHafilah Salihah binti Haji Mohd Salleh dari SMALHB adalah di antara 5 orang penerima Anugerah Biasiswa " Sultan's Scholar " yang berjaya terpilih bagi sesi pengajian 2010/2011 yang berlangsung di Istana Nurul Iman
.
KDYMM dan Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menyempurnakan penganugerahan berprestij ini kepada pelajar SMALHB, Dayang Nur Hafilah Salihah
. .
Biasiswa ini telah dianugerahkan kepada pelajar-pelajar yang dikenal pasti oleh YSHHB, Kementerian Hal Ehwal Ugama dan Kementerian Pendidikan sebagai penuntut-penuntut cemerlang dalam bidang akademik dan kegiatan luar bagi melanjutkan pelajaran mereka dalam pelbagai bidang di peringkat ijazah dan yang sebanding dengannya di universiti-universiti yang diiktiraf di luar negara.
.
.
Dayang Nur Hafilah Salihah akan melanjutkan pelajarannya di peringkat ijazah pertama di Universiti Al-Azhar, Mesir dalam jurusan Usuluddin.
.

Selasa, September 29, 2009

Selamat Belayar Ke Mesir

Melanjutkan Pengajian Ke Universiti Al-Azhar
28hb September 2009M-Isnin
Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei, Berakas
8.00 malam
.
Seramai 15 orang lepasan SMALHB yang memperolehi keputusan MUMTAZ dalam STPUB yang lalu telah berangkat ke Mesir untuk menyambung pengajian mereka di Universiti Al-Azhar dalam pelbagai bidang selama 4 tahun di bawah biasiswa KHEU dan seorang pelajar dianugerahkan biasiswa 'Sultan Scholar'.
.
.
Antara wajah-wajah ceria sebelum berangkat meninggalkan tanahair
.
.
Tahniah diucapkan kepada penerima-penerima biasiswa tahun ini dan SMALHB mendoakan agar para pelajar akan lebih tekun berusaha dan belajar berdikari di bumi Anbiya' serta pulang dengan kejayaan yang membanggakan~
.
Pelajar-pelajar SMALHB yang menerima Biasiswa KHEU & Sultan Scholar* terdiri dari :
1-Abdurrahman Haji Emran
2-Ak Mohammad Daud Pg Matassan
3-Abdul Qawiy Haji Ismail
4-Aimi Amalina Abdullah
5-Syairah Haji Salim
6-Nasriah Ruslan
7-Zahirah Hambali
8-Nabilah Rosmasayu Metusin
9-Noorintan Kamis
10-Dk Norhidayati Pg Haji Othman
11-Siti Nuraimee Abdul Rahman
12-Bibie Marliana Haji Mohd. Dagong
13-Fairuz Haji Abdul Rahman
14-Nor Rajiah Aji
15-Rabviyatul Adauyah@Zahidah Haji Awang *
..

foto : dari salah seorang penerima biasiswa & Arkib Pelita Brunei

Isnin, September 21, 2009

Seorang Pelajar SMALHB Antara Penerima Anugerah Biasiswa 'Sultan Scholar'

Majlis Pengurniaan Anugerah Biasiswa ‘Sultan Scholar’ YSHHB
Istana Nurul Iman
17 September 2009M - Khamis
.
.
KDYMM dan Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan mengurniakan Anugerah Biasiswa ‘Sultan Scholar’ Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB) kepada lima orang penuntut yang cemerlang.
.
.
Biasiswa ‘Sultan Scholar’ merupakan biasiswa yang berprestij dan hanya dianugerahkan kepada penuntut-penuntut yang telah dikenal pasti oleh YSHHB dan Kementerian Pendidikan serta Kementerian Hal Ehwal Ugama sebagai penuntut cemerlang dalam bidang akademik dan kegiatan luar sekolah bagi melanjutkan pengajian mereka dalam pelbagai bidang ke peringkat ijazah atau yang sebanding dengannya di institut-institut pengajian tinggi yang berprestij di luar negara yang dibenarkan oleh YSHHB dan diiktiraf.
.
.
Majlis Penganugerahan Biasiswa ‘Sultan Scholar’ YSHHB bagi sesi pengajian 2009/2010M berlangsung di Istana Nurul Iman. 5 pelajar penerima Anugerah Biasiswa ‘Sultan Scholar’ ialah Awang Muhammad Ayyub bin Haji Kamaludin, Awangku Haji Mohammad Zaki bin Pengiran Dato Paduka Haji Zaini@Awangku Abdul ‘Aleem, Dayang Nur ‘Amirah binti Ibarahim, Dayang Nur Amirah Izzati binti Hj Mohd. Noor dan Dayang Rabviyatul Adawyah@Zahidah binti Haji Awang.
.
.
Dayang Rabviyatul Adawyah@Zahidah binti Haji Awang (berdiri di tengah) merupakan penuntut lepasan SMALHB dan akan melanjutkan pengajiannya di Universiti Al-Azhar, Mesir dalam jurusan Syariah yang akan berangkat pada minggu hadapan.
.
.
Tahniah diucapkan kepada wakil SMALHB kerana kejayaan beliau di atas usahanya dalam peperiksaan STPUB dengan 8 matapelajaran mumtaz (cemerlang).

Selasa, September 08, 2009

4 Pelajar SMALHB Melanjutkan Pelajaran Ke UK

4 Pelajar SMALHB Tingkatan 6 Bawah Ke UK
7hb September & 11hb September 2009M
Lapangan Terbang Antarabangsa Berakas
Bertolak jam 8.55 malam
.

4 orang pelajar terpilih melanjutkan pelajaran ke peringkat A Level dan seterusnya ke universiti di United Kingdom melalui skim khas biasiswa. Mereka yang berangkat ke UK pada 7hb September lalu ialah Dayang Hanina binti Haji Talip yang akan mengambil jurusan Mathematics, Pyschology, Biology dan Physics. Manakala seorang lagi ialah Dayang Nur Hidayatul Nazurah binti Haji Sulaiman yang mengambil jurusan Physisc, Mathematics, Further Mathematics dan Chemistry.
.

Nur Hidayatul Nazurah (kiri) bersama keluarga sebelum masuk ke dewan perpisahan
.

.
Hanina binti Haji Talip (tengah) mengabadikan potret sekeluarga khas untuk blog SMALHB
.

.
Antara sahabat-sahabat dan rakan-rakan yang turut hadir mengucapkan selamat belayar
.
.
Putri Norizah, salah seorang rakan Hanina juga berada di lapangan terbang malam itu
.

.
2 orang lagi pelajar berlepas ke UK pada 11hb September 2009M lalu ialah Dayang Nur 'Atiqah binti Haji Abu Bakar (mengambil jurusan Mahtematics, Chemistry, Physisc dan Psychology) dan Dayang Zuhairah Ainee binti Haji Ahmad (English, English Literature, Mathematics dan Psychology).


.
Berat hati meninggalkan rakan-rakan seperjuangan..
.
.
SMALHB mengucapkan tahniah kepada mereka yang terpilih memperolehi biasiswa melanjutkan pelajaran dan mudah-mudahan kembali dengan kejayaan yang gemilang.