Khamis, April 09, 2009

Undangan ke Pertandingan Tilawah Al-Quran

Undangan Ke Pertandingan Suku Akhir Tilawah Al-Quran Kebangsaan
6hb April 2009M dan 8hb April 2009M
Pusat Dakwah Islamiyyah

.

Seramai 55 peserta terdiri daripada 39 qari dan 16 qariah memperdengarkan bacaan al-Quran mereka bagi menyertai Pertandingan Membaca al-Quran bahagian Dewasa Peringkat Suku Akhir Kebangsaan bagi tahun ini yang bertempat di Pusat Dakwah Islamiyyah, Kampung Pulaie.
.
.
SMALHB mewakilkan pelajar-pelajar dari Usuluddin Rummani dan Banafsaji pada hari pertama pertandingan berlangsung. Pertandingan juga diharap dapat memberikan pendedahan dan galakan dalam meningkatkan mutu pembacaan qari dan qariah di samping membuka minda dan minat kepada masyarakat dalam mempelajari teknik bacaan yang betul dan bersistematik.
.
.
.
Majlis pengumuman keputusan dan penyampaian hadiah Pertandingan Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Suku Akhir Kebangsaan Tahun 2009M diadakan pada 8hb April 2009M di pusat berkenaan dan SMALHB dengan mewakilkan pelajar-pelajar dari Syariah Burtuqali dan Burunzi dijemput menghadiri upacara pengumuman tersebut.
.
.
Dari jumlah 55 orang peserta, seramai 14 qari dan enam qariah terbaik yang mendapat markah 80 peratus ke atas dipilih memasuki Pertandingan Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Separuh Akhir Kebangsaan Tahun 2009M.
.
.
Hadir menyaksikan pemilihan peserta yang layak memasuki pertandingan itu, Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama, Haji Mohd Mahdi Pehin Dato Haji Abdul Rahman. Majlis turut diserikan dengan persembahan Nasyid oleh Kumpulan Syababul Islam dan diikuti penyampaian cenderamata dan sijil kepada peserta dan hakim pertandingan oleh tetamu kehormat.

Tiada ulasan: