Khamis, Mac 31, 2011

SEMINAR ANTARABANGSA AQIDAH AHLI SUNNAH WAL-JAMAAH

SMALHB telah menghantar sebahagian komunitinya terdiri daripada beberapa orang Guru dan Pelajar Usuluddin bagi menghadiri Seminar Antarabangsa Aqidah Ahli Sunnah Wal- Jamaah di Dewan Plenary, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas. Seminar antarabangsa itu telah diadakan selama 3 hari berturut-turut bermula daripada 29 Mac 2011 hingga 31 Mac 2011.


Seminar antarabangsa ini telah dirasmikan oleh KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Seminar anjuran Pusat Dakwah Islamiyah ini adalah bersempena dengan sambutan Jubli Perak 25 tahun penubuhannya(1985- 2011).Antara fakta yang menarik adalah pembentang Kertas Kerja Seminar adalah terdiri daripada Ulama-Ulama dan Ilmuan-Ilmuan dalam dan luar negara seperti Malaysia,Syria dan Saudi Arabia.


Yang berhormat Pehin Dato Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr Ustaz Hj Awang Abdul Aziz bin Juned antara salah seorang pembentang Kertas Kerja Seminar dari dalam negeri.

Profesor Muhammad Said Ramadhan Al- Bouty merupakan antara pembentang Kertas Kerja dari luar negeri dalam Seminar ini.

Antara pelajar-pelajar SMALHB yang telah hadir di Seminar tersebut.

Kekhusyukan dalam mendengar seminar dikalangan guru-guru SMALHB.

Setiap peserta telah mendapat cenderhati dari pihak penganjur berupa CD Kertas Kerja pembentangan di hari terakhir seminar.

Wakil warga SMALHB yang telah hadir sempat mengambil gambar kenangan bersama.

Khamis, Mac 17, 2011

CERAMAH SEMPENA HARI KEBANGSAAN NBD KE -27.


Khamis, 17 Mac 2011 satu lagi ceramah bertemakan kerohanian telah diadakan di Dewan Besar SMALHB Sempena Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ke 27 sekaligus merupakan aktiviti terakhir sebelum cuti persekolahan penggal pertama.


Acara yang bermula pada jam 8 pagi itu telah dimulai dengan persembahan
nyanyian patriotik oleh Pelajar Tahun Rendah.



Ceramah yang bertajuk ' Nabi Muhammad S.A.W Rahmat sekalian alam' itu telah dipengerusikan oleh Awang Sawardi bin Haji Mahadi(pelajar PRA U II).Sementara ahli panel terdiri daripada Yang Mulia Ustaz Haji Jofri Bin Hj Hidup,penceramah undangan daripada Pusat Dakwah Islamiah,KHEU dan yang Mulia Ustaz Haji Saharuddin bin Hj Petra, Timbalan Pengetua Akademik, SMALHB.



Acara seterusnya diikuti dengan bacaan dikir beramai-ramai bagi mendapat keberkatan sekaligus memeriahkan majlis yang dijalankan.

Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih,hadiah cenderhati telah disampaikan oleh Yang Mulia Ustaz Pg Hj Asmadi Bin Pg Hj Aliuddin dipenghujung acara.Dan majlis berakhir dengan bacaan doa selamat yang dipimpin oleh Ak Hj Wafiuddin Bin Pg Hj Zulkarnain.

CERAMAH MOTIVASI


Rabu, 16 Mac 2011 bertempat di Dewan Besar SMALHB telah berlangsung sebuah ceramah motivasi bersempena dengan persiapan menjelang Ujian Bulanan pagi pelajar- pelajar SMALHB.Acara yang bermula pada jam 10 pagi itu telah dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Awang Abd Wafi Bin Abd Kadiroshman.


Ceramah motivasi tersebut bertajuk 'Berikan yang terbaik' yang mana telah disampaikan oleh Penceramah Undangan Awang Haji Ali Yusri Bin Hj Gafor daripada Unit Kaunseling dan Kerjaya,JSS,Kementerian Pendidikan.

X-RAY DIRI antara yang dihighlightkan di dalam ceramah motivasi tersebut.



Sessi soal jawab telah dibukakan kepada para pelajar diakhir acara ini.Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih,hadiah cenderahati telah disampaikan kepada penceramah undangan.Dan acara ini telah ditamatkan dengan bacaan doa selamat oleh Awang Abd Wafi Bin Abd Kadiroshman.

Khamis, Mac 03, 2011

KEMPEN PENDERMAAN DARAH


Khamis, 3 Mac 2011 Jabatan Perkhidmatan Makmal Hospital RIPAS, Kementerian Kesihatan telah berkunjung ke SMALHB bagi menjalankan Kempen Pendermaan Darah. Aktiviti ini telah mengambil tempat di Dewan Besar SMALHB bermula pada jam 9:00 pagi hingga 11:00 pagi.



Kempen ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari kalangan warga SMALHB.




Rabu, Mac 02, 2011

LAWATAN KE PESTA BUKU BRUNEI 2011


Pelajar-pelajar SMALHB telah mengadakan lawatan ke Pesta Buku Brunei 2011 di Pusat Persidangan Antarabangsa,Berakas selama 2 hari bermula daripada 1 Mac hingga 2 Mac 2011.Pesta buku itu telah diadakan sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke- 27 dan Sambutan Jubli Emas Penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka (1961-2011).Ianya dibukakan bagi kunjungan orang ramai bermula daripada 26 Februari sehingga 7 Mac 2011.


Pelajar keriangan dalam perjalanan menuju ke Pesta Buku Brunei 2011,ICC.

Pesta Buku Brunei 2011 yang bertemakan 'Buku adalah masa depan' ini telah mengumpulkan sebanyak 150 Syarikat Kedai Buku dari dalam dan luar negara.


Rumah Hantu merupakan antara yang terdapat di Pesta Buku Brunei 2011.

Pelajar-pelajar menanti giliran untuk masuk ke dalam 'Rumah Hantu'.