Khamis, April 29, 2010

Majlis Penyampaian Sijil Meriah !

Majlis Penyampaian Sijil Tinggi Pelajaran Ugama Brunei
28hb April 2010M - Rabu
Dewan SMALHB
.
Seramai 112 orang penuntut yang lulus dalam Peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Ugama Brunei telah diraikan dalam satu majlis gilang-gemilang dihadiri oleh para ibu-bapa dan jemputan-jemputan khas terdiri daripada alumni-alumni SMALHB. Tetamu Kehormat majlis ialah Yang Berhormat Pehin Jawatan Luar Pekerma Raja Dato Seri Utama Dr. Ustaz Haji Awang Mohd Zain bin Haji Serudin, Menteri Hal Ehwal Ugama Brunei Darussalam.
.
.
Antara wajah-wajah keriangan para penerima sijil masing-masing
.
.
Antara alumni-alumni SMALHB yang hadir yang sekarang menjawat jawatan-jawatan tinggi di jabatan masing-masing
.

.
Yang Berhormat Pehin di dalam ucapannya turut berbangga dengan pencapaian SMALHB sebagai satu-satunya institusi Tingkatan Enam yang menitik-beratkan soal-soal duniawi dan ukhrawi dengan menjadikan Bahasa Arab, Inggeris dan Melayu sebagai bahasa perantaraan sama ada dari segi penulisan dan pertuturan.
.
Beliau juga menasihatkan kepada para penuntut dan penerima khasnya agar terus memajukan diri dengan ilmu pengetahuan sejajar dengan peredaran dan kehendak sejagat berperisaikan kekuatan pegangan Islam.
.
.
Persembahan nasyid kolaborasi penuntut-penuntut Tingkatan Enam Atas dan Pra-U I menyerikan majlis.
.


.
Seramai 7 orang penuntut menerima sijil pangkat Mumtaz (Cemerlang), 16 orang memperolehi Jayyid Jiddan (Sangat baik), 36 orang mendapat Jayyid (Baik) dan 53 orang mendapat Maqbul (lulus)
.
Antara penerima sijil pangkat Mumtaz (cemerlang)
.


.
Turut hadir memeriahkan majlis ialah Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama dan Setiausaha-setiausaha tetap serta Timbalan-timbalannya di Jabatan Perdana Menteri dan dari Kementerian Hal Ehwal Ugama
.



.
Majlis juga diserikan dengan puisidra bertajuk "Naubat Kejayaan" yang dinukilkan sendiri oleh Menteri Hal Ehwal Ugama Brunei dari penuntut-penuntut Pra-U I di dalam dwi-bahasa, Bahasa Arab dan Bahasa Melayu.
.


.
Acara kemuncak di Dewan SMALHB adalah pengumuman dan penganugerahan kepada 4 orang penuntut sepanjang penglibatan mereka di SMALHB dari segi akademik dan ko-kurikulum mereka.
.
Awang Mohd Nazerul Wafiq bin Haji Husein terpilih menerima Anugerah Pelajar Berjasa
.
.
Anugerah Penuntut Terbaik Kegiatan diberikan kepada Hajah Siti Nurul Hazwani binti Haji Mohd Yussof
.
.
Manakala Dayang NurHafilah Salihah binti Haji Mohd Salleh terpilih menerima Anugerah Penuntut Terbaik Akademik
.
.
SMALHB sebulat suara menganugerahkan Anugerah Penuntut Cemerlang Akademik dan Kegiatan kepada Nurul Munirah binti Awang Jumat di atas kecemerlangan beliau sepanjang berada di SMALHB
.
.
Tetamu Kehormat Majlis menerima cenderahati kenang-kenangan berupa potret abadi wajah-wajah Yang Berhormat Pehin dari Pengetua SMALHB.
.

.
Dari Dewan aras satu, Tetamu Kehormat Majlis beredar menyaksikan Bilik Galeri SMALHB seterusnya ke pameran-pameran sekolah-sekolah Arab
.






18 Pelajar SMALHB Terima Bantuan Yayasan

Sumbangan Bantuan Yayasan
17hb April 2010M - Sabtu
SMALHB
.
Bagi meringankan sedikit bebanan beberapa orang pelajar yang berkeperluan, satu majlis sumbangan bantuan dari pihak Yayasan kepada seramai 18 orang pelajar SMALHB telahpun berlangsung di Dewan SMALHB baru-baru ini.
.
Guru Kanan Hal Ehwal Pelajar SMALHB ketika berucap mewakili pihak sekolah
.
.
Wang Tunai berjumlah $200 tunai telah sempurna disampaikan oleh puan pengetua di hadapan ibu bapa / penjaga penuntut-penuntut yang diraikan.
.
.
Timbalan Pengetua Pentadbiran menjadi saksi sewaktu menandatangani penerimaan bantuan dari pihak yayasan.
.


.
Majlis diakhiri dengan doa selamat dan jamuan. Semoga bantuan seperti ini sedikit sebanyak membantu meringankan keperluan keluarga dan pelajar-pelajar yang diraikan serta sebagai penyuntik semangat mereka untuk terus belajar bersungguh-sungguh.
.

Ahad, April 25, 2010

12 Penuntut Berpotensi hadiri Jerayawara

Jerayawara Dan Taklimat Biasiswa Pemerintah Tertinggi ABDB
Tempat : Syndicate Room 4, Bridex International Conference Centre, Jerudong
24hb April 2010 - Sabtu
.
Seramai 12 orang penuntut Tingkatan Enam Atas yang diramalkan memperolehi sekurang-kurangnya 6 Mumtaz (Cemerlang) dalam peperiksaan STPUB ataupun 3 gred 'A' dalam peperiksaan GCE 'A' Level yang akan datang telah dijemput menghadiri jerayawara selama satu hari ini.
.

.
Objective of the roadshow :
.
Enlighten students on how potential scholarship awardees are selected with emphasis on excellent co-curricular activities, sound personal qualities and character and outstanding leadership potential. This includes tests (eg : written test and fitness test) and interviews that they have to undergo. The selection process is in July and students were also encouraged to apply early including applying to universities.
.

Sabtu, April 24, 2010

Lawatan Dari USM

Lawatan Mahasiswi-mahasiswi Universiti Sains Malaysia
ke SMALHB
21hb april 2010 - Rabu
.
Seramai 5 orang mahasiswi Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia telah berkesudian berkunjung ke SMALHB sambil membuat kajian mengenai sistem pengajian Islam di sekolah-sekolah arab di negara ini.
.
Kehadiran para mahasiswi (Madihah binti Junid, Siti Asma binti Mohd Samad, Nur Ain Shafiyah binti Mohd Ghazali, Nur Izzati binti Jamaluddin dan Noor Atiqah binti Abd Rahim) dari tanah semenanjung dialu-alukan oleh Timbalan Pengetua Pentadbiran dan Akademik berserta beberapa guru kanan di Bilik Pandang Dengar, Galeri SMALHB.
.

.
Selesai taklimat dan sesi soal jawab, para mahasiswi dibawa menyaksikan Galeri SMALHB dan seterusnya meninjau beberapa buah kelas dan juga makmal sains sekolah.
.
.
Melihat secara dekat, gambar-gambar pelajar-pelajar SMALHB di penganugerahan biasiswa keluar negeri.
.

.
Pihak sekolah berbesar hati di atas kunjungan para mahasiswi USM dan berharap dengan lawatan ini dapat mengukuhkan lagi jalinan kerjasama antara kedua pihak di masa-masa akan datang.
.

Selasa, April 20, 2010

Makluman Kepada Bakal-Bakal Graduan STPUB

Dimaklumkan kepada bakal-bakal penerima sijil
Peperiksaan SIJIL TINGGI PELAJARAN UGAMA BRUNEI (STPUB)
untuk mengambil surat undangan :
.
Pada : 20hb April 2010M dan 21hb April 2010M
.
Masa : Pada waktu pejabat

Khamis, April 15, 2010

SMALHB Ke Final Pertandingan Hadrah

Pertandingan Hadrah Sekolah-Sekolah Menengah dan Maktab Senegara
(Peringkat saringan)
Tuan Rumah : STPRI
14hb April 2010M - Rabu
.
Seramai 19 pasukan lelaki dan 8 pasukan perempuan yang mewakili sekolah-sekolah / maktab-maktab masing-masing di seluruh negara telah menyertai pertandingan di peringkat saringan yang bertempat di Auditorium (pasukan lelaki) dan di bilik persidangan (pasukan perempuan) di Sekolah Tinggi Perempuan Raja Isteri (STPRI) di ibu negara baru-baru ini.
.



.
Alhamdulillah, kedua-dua pasukan lelaki dan perempuan SMALHB berjaya menempah tiket ke pertandingan akhir bersama-sama 5 buah pasukan lelaki lain dan 4 buah pasukan perempuan dan pasukan dari tuan rumah yang akan dijadualkan berlangsung pada 1hb Mei 2010M, sabtu depan.
.