Selasa, April 14, 2009

20 pelajar SMALHB menerima Sumbangan Yayasan SHHB

Majlis Penyerahan Sumbangan Kewangan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah
14hb April 2009M
2.00 petang
Dewan SMALHB
.
Di atas keprihatinan kerajaan Kebawah Duli dan Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam, satu majlis penyerahan bantuan Yayasan SHHB kepada 20 orang pelajar SMALHB yang memerlukan bantuan telah diadakan di Dewan Besar SMALHB.
.
.
Pemangku Pengetua, wakil dari Yayasan SHHB dan guru-guru kanan SMALHB turut hadir di majlis penyerahan pada petang tersebut.
.
.
Pemangku Pengetua ketika berucap tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada pihak Yayasan SHHB. Beliau juga menerangkan bahawa sumbangan sebanyak $200 Ringgit Brunei setiap seorang ini dibahagikan kepada 2 jenis iaitu $50 Ringgit berupa barangan-barangan persekolahan dan wang tunai sebanyak $150 Ringgit. Ini sedikit sebanyak dapat meringankan tanggungan ibu bapa/penjaga pelajar-pelajar yang terpilih. Beliau juga menasihati para penerima untuk terus belajar dengan bersungguh-sungguh demi mencapai kejayaan di masa akan datang.
.
.
Penerima-penerima bantuan Yayasan SHHB terdiri dari pelajar-pelajar Tingkatan 6 Bawah dan 6 Atas.
.

.
Sebahagian ibu bapa/penjaga yang hadir pada majlis tersebut.
.
.
Timbalan Pengetua Pentadbiran bersama wakil dari Yayasan SHHB menjadi saksi penyerahan sumbangan kepada 20 orang pelajar SMALHB.
.

.
Penerima sumbangan menandatangani borang yang disaksikan oleh Timbalan Pengetua Pentadbiran dan wakil dari Yayasan SHHB selepas menerima sumbangan sebanyak $200 Ringgit Brunei.
.










Tiada ulasan: