Jumaat, April 10, 2009

Muzakarah Perlantikan PKP bagi sesi 2009/2010M

Muzakarah Perlantikan PKP dan Raid Raidah 2009/10
Pengerusi : Pemangku Pengetua SMALHB
Bilik Mesyuarat Tingkat Satu
8hb April 2009M
Rabu
.
Pemilihan PKP dan Raid Raidah bagi sesi akademik 2009/2010M lebih kurang 5 jam ini telah berakhir dengan kesepakatan dengan rasional dan hujah-hujah serta bertawakal kepada Allah SWT. Dipengerusikan oleh Pemangku Pengetua, muzakarah dimulakan dengan bacaan Ummul-Kitab dipimpin oleh Ustaz Ak. Mohd Shahrin Pg. Haji Shamsuddin.
.

Pemangku Pengetua di dalam kalam awalnya tidak lupa mengucapkan rasa terima kasih di atas kesudian para pegawai yang sama-sama bertungkus-lumus dalam pemilihan ini. Beliau berharap semoga pemilihan PKP kali ini benar-benar menepati kriteria-kriteria dan dapat membantu SMALHB dalam menguruskan segala aktiviti-aktiviti berkaitan dengan hal ehwal pelajar.
.

.
Antara jawatan yang diubah-suai pada tahun ini adalah jawatan Setiausaha I merangkap Ketua Asrama Lelaki dan Setiausaha II merangkap Ketua Asrama Perempuan. Manakala jawatan untuk Pengerusi Fotografi ditiadakan. Jawatan Pengerusi Percetakan dan Persuratan menjadi Pengerusi Percetakan, Persuratan dan Fotografi.
.

.
Pengumuman hasil muzakarah ini akan dibuat pada Majlis Pembubaran PKP 08/09M dan Perlantikan PKP 09/10 pada Selasa, 14hb April 2009M di dewan besar SMALHB.

Tiada ulasan: