Ahad, April 26, 2009

Sukan Ria SMALHB 2009M

Sukan Ria SMALHB 2009M
25hb April 2009M-Sabtu
Padang Besar SMALHB
.
Sukan Ria SMALHB kembali lagi bagi musim 2009M dengan menemukan semula 4 buah rumah sukan bagi merebut kejuaraan dalam pelbagai acara sukan. Rumah Hamzah bin Abd. Mutalib (Hijau), rumah Salahuddin Al-Ayubi (Merah), rumah Khalled bin Al-Waleed (Biru) dan rumah Tariq bin Ziyad (Kuning) dihias dengan dekorasi-dekorasi melambangkan imej rumah masing-masing. Acara yang bermula pada kira-kira jam 8.15 pagi itu dimulakan dengan acara perbarisan lalu rumah-rumah sukan dan persembahan pengenalan setiap rumah.
.

.
Rumah Merah membuka tirai perbarisan lalu dengan moto " Pantang Berundur Walau Seinci ". Semangat seperti pahlawan Salahuddin Al-Ayubi yang tetap mara berjuang dimanifestasikan dalam persembahan silat oleh kumpulan rumah ini.
.



.
Perbarisan lalu diteruskan dengan rumah Kuning dengan moto " Pemangkin Atlet Ilmuan " . Seorang atlet itu bukan sahaja diukur dari segi kejaguhan fizikalnya tapi mentalnya yang meliputi segala ilmu pelbagai bidang.
.

.
Kreatif!! rumah Tariq bin Ziyad membawa 2 pembawa obor, lambang semangat kesukanan..sekali imbas pembawa obor seperti memegang jambangan bunga.. versi 2 dalam 1.. very creative!!
.



.
Manakala rumah Hijau membawa tema "Jimat Tenaga" demi membantu dunia sejagat mengurangkan risiko "Global Warming"..
.
.
Rumah Biru pula menyingkap kalimah BIRU iaitu " Beriadah Itu Relaksasi Ummah ". Islam itu menganjurkan kita beriadah sebagai ketenangan dalam kehidupan harian di samping menyihatkan jasmani.
.




.
Ikrar sukan diketuai oleh Pengerusi Badan Sukan dan Kegiatan 2009M, Awang Mohammad Yunos bin Haji Mohammad.
.





.
Pelbagai acara telah dipertaruhkan bagi merebut pingat-pingat dan mata setiap rumah sukan. Antaranya ialah Lari 100 Meter Lelaki dan Perempuan (Penuntut/Guru), Lari 4 X 100 Meter Penuntut dan Guru (Lelaki dan Perempuan), Lontar Lembing, Buang Peluru, Mix Relay, Orang Kuat SMALHB dan bemacam-macam lagi.
.







.
Acara kemuncak pagi itu ialah Perlawanan Tarik Kalat antara rumah Kuning dengan Merah bagi merebut tempat ketiga. Manakala rumah Hijau bertemu dengan Biru untuk menentukan Juara dan Naib Juara. Bagi acara tarik kalat ini, rumah Hijau muncul juara dengan berkesudahan agregat 4 - 2.
.






.
Acara padang Sukan Ria musim ini dimonopoli oleh rumah Biru dan Hijau yang berkongsi mata pada akhir perlawanan dan tidak termasuk markah bagi acara persembahan lalu. Segala keputusan mutakhir dan penyampaian trofi-trofi utama akan diumumkan pada sebelah petang dalam acara penutup Sukan Ria dan Tahunan di dewan SMALHB.
.



Tiada ulasan: