Memaparkan catatan dengan label Aktiviti hujung tahun 2010. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Aktiviti hujung tahun 2010. Papar semua catatan

Isnin, November 22, 2010

Mini Sukan Ria SMALHB

Mini Sukan Ria
22hb November 2010M - Isnin
Kawasan Lapang SMALHB
.
Pelbagai acara menarik disediakan mengisi slot mini sukan kelolaan Penyelaras Jasmani seperti Big Foot Relay..Blind Walk..Lord Of The Rings dan lain-lain lagi bagi warga SMALHB. Penyertaan dari semua pihak termasuk para pelajar dan guru serta kakitangan sekolah begitu menggalakkan dan memeriahkan sepanjang aktiviti ini berlangsung. Sekalung apresiasi kepada semua ~
.
.
Kasut Raya nampak ?? hehe
.


.
Lari Berhalangan antara pelajar-pelajar perempuan
.
.
Di mana menempah kasut aaa ?
.

.
Laaa...lupa diet ni si awang ani sampai inda muat masuk..hehe
.

.
Kerani & kakitangan SMALHB yang lain turut sama berhibur
.





Sabtu, November 20, 2010

Sihat Ceria Warga SMALHB

Sihat Ceria 3K
Anjuran : Penyelaras 3K SMALHB
20hb November 2010M - Sabtu
.
Mengamalkan hidup yang bersih, sihat dan cantik adalah cermin keperibadian setiap individu. Bertolak dari matlamat itulah, SMALHB menyelitkan program sihat Ceria dalam aktiviti di akhir tahun 2010M ini sebagai kesinambungan dari projek 3K yang dibuat pada setiap penggal.
.
Mengumpulkan kertas-kertas lama untuk dihapuskan dan ditanam
.
.
Rajin anak-anak teruna SMALHB ani menghias dewan makan~
.


.
Selepas waktu rehat, program diteruskan di dalam dewan sekolah dengan aktiviti kuiz minda kelolaan Penyelaras 3K. Pelbagai acara dilaksanakan antaranya, meneka berat buah-buahan, menggubah bunga bagi lelaki dan menggubah sajadah.
.
Kan dibawa kemana nangka aaa ?
.

.
Walaupun pertama kali menggubah tapi juara kali aa...hehe
.

.
Saha penuh prihatin dan tawadduk menggubah..hehe
.


.
"Kalau sukses gubahan sajadah ani, nanti kitani buka kedai menghias barang hantaran kawin aa..cemana?"
.

.
Bunga Mawar gubahan Latifah & the gang~
.

Khamis, November 18, 2010

Taklimat Demonstrasi Penyembelihan

Sambutan Hari Raya Aidiladha & Taklimat Demonstrasi Penyembelihan
18hb November 2010M - Khamis
SMALHB
.
Jabatan Syariah dan Unit Rohani sama-sama berjaya mengungkayahkan membesarkan antara hari daripada hari-hari kebesaran Islam sebagaimana yang dituntut dalam syarak. Majlis 2 dalam 1 ini berlangsung dalam penuh kesederhanaan namun meriah.
.
Gema takbir raya berkumandang di seluruh dewan SMALHB dari penuntut-penuntut SMALHB
.

.
Mohd Idul Fitri bin Haji Ahmad, pegawai dari bahagian Kawalan Makanan Halal, Jabatan Syariah Kementerian Hal Ehwal Ugama berkesudian hadir memberikan taklimat seterusnya demonstrasi penyembelihan.
.
.
Menikmati juadah hari raya
.



.
Acara diteruskan di ruang legar, Taman Therapeutik SMALHB untuk menyaksikan praktikal penyembelihan yang tepat dan sah di sisi Islam oleh pentaklimat undangan dan beberapa orang warga SMALHB.
.






.
" Macamani caranya tuan ? "
.
.
" Eh !! Siapa yang ijap ani banarnya? " hehe..
.

Isnin, November 15, 2010

Tarok Ubi, Gadong, Kalas & Pacah Talor Bertempur !

Mesra Ria Keluarga Angkat SMALHB
15hb November 2010M - Isnin
Dewan SMALHB
.
Ke arah memperkaya pengetahuan am dan Bahasa Arab di kalangan pelajarnya, SMALHB mengadakan Mesra Ria Indung Angkat di dewan sekolah berkenaan.
.

.
Warga SMALHB dibahagikan kepada 4 keluarga besar menggunakan nama warna dalam bahasa Brunei iaitu Keluarga Tarok ubi, Keluarga Kalas, Keluarga Gadong dan Keluarga Pacah Talor di mana setiap keluarga berkenaan mengandungi 12 keluarga kecil sebagaimana pembahagian pada awal kemasukan para penuntut ke SMALHB.
.

.
Dikelolakan oleh Penyelaras Indung Angkat SMALHB, acara-acara dalam program berkenaan diselang-selikan dengan kuiz tayangan video dengan mengajak para peserta untuk menceritakan semula video yang ditayang di dalam Bahasa Arab.
.
.
Selain itu, acara-acara menarik yang menarik perhatian ialah acara membawa bola antara indung dan anak angkat, lari ikat kaki 3 orang antara indung dan anak angkat, mix relay serta the longest chain
.
.
Berenang pakai google c Mijan atu..
.


.
YDP sambil ikut game, sempat posing mahal & macho :-)
.
.
The longest chain banar keluarga Gadong ani~
.
.
hehehe~rasa indung & anak kan manang..sampai masuk bawah meja..hehe..
.