Isnin, Jun 06, 2011

Tariq bin Ziyad Juara Keseluruhan 2011

Majlis Penutup Minggu Sukan SMALHB & Penutup Penggal Persekolahan Ketiga

Hari Isnin

4 Rejab 1432H / 6 Jun 2011M

Dewan SMALHB

Sebelum tirai minggu sukan tahunan dan sukan ria SMALHB melabuhkan tirainya secara rasmi, satu majlis rasmi penutup minggu sukan seterusnya penyampaian dan pengumuman hadiah-hadiah terbaik dilangsungkan pada hari ini.

Acara majlis pada hari tersebut dimulakan dengan bacaan Surah al-Faatihah dan Doa Selamat oleh Yang Mulia Ustaz Salah Ali Abd Salam al-Asqar. Seterusnya Timbalan Pengetua Pentadbiran I, Yang Mulia Ustazah Hjh Hamidah binti Hj Abd Rahman telah berkesudian untuk memberikan ucapan.


Antara anugerah utama yang diumumkan pada hari tersebut ialah:

Juara Rentas Desa 2011 bagi guru lelaki: Ustaz Zul-Hafiz bin Awang Tengah

Juara Rentas Desa 2011 bagi guru perempuan : Ustazah Rafidah binti Rashid

Juara Rentas Desa 2011 bagi pelajar lelaki: Abd.Afiq bin Hassan

Juara Rentas desa 2011 bagi pelajar perempuan : Munirah

Juara Rentas Desa 2011: Rumah Tariq bin Ziyad (Kuning)

Juara Sukan Tahunan 2011: Rumah Khalid al-Waleed (Biru)

Juara Sukan Ria 2011: Rumah Tariq bin Ziyad (Kuning)

Atlet Terbaik Bagi Guru Lelaki 2011: Ustaz Hj Mayadi bin Hj Ali

Atlet Terbaik Bagi Guru Perempuan 2011: Ustazah Rafidah binti Rashid

Atlet Terbaik Bagi Pelajar Lelaki: Md.Hariz bin Ali Kahar

Atlet Terbaik Bagi Pelajar Perempuan: Nur Intan Aqilah binti Hj Abd Razak

Anugerah Rumah Terbaik: Rumah Tariq bin Ziyad (Kuning)

Juara Keseluruhan: Rumah Tariq bin Ziyad (Kuning)





Segmen kedua pada hari tersebut ialah majlis membaca Surah Yaa Siin, Tahlil dan Ratib al-'Attas sempena penutup penggal ketiga persekolahan. Acara diketuai oleh Badan Agama Dan Akhlak Majlis Pelajar SMALHB. Acara diakhiri dengan majlis bersalam-salaman.



Sabtu, Jun 04, 2011

Sukan Ria SMALHB 2011M

Hari Sabtu

2 Rejab 1432H / 4 Jun 2011M

Padang SMALHB

Sukan Ria SMALHB kembali lagi bagi musim 2011 dengan menemukan semula 4 buah rumah sukan bagi merebut kejuaraan dalam pelbagai acara sukan yang dipertandingkan. Rumah Hamzah bin Abdul Mutalib (Hijau), Rumah Salahuddin al-Ayubi (Merah), Rumah Khalled bin al-Waleed (Biru) dan Rumah Tariq bin Ziyad (kuning) dihias dengan dekorasi-dekorasi yang menarik pada hari tersebut. Acara yang bermula pada jam 8.15 pagi itu dimulakan dengan bacaan Ummul Quran dan Doa Selamat oleh Yang Mulia Ustaz El Sayed Mohd Abd.Qadir Zaghloul. Acara diteruskan dengan acara perbarisan lalu dan persembahan pengenalan setiap rumah sukan.

Ikrar sukan diketuai oleh Pengerusi Badan Sukan dan Kegiatan, Majlis Pelajar SMALHB 2011,Yang Mulia Awang Hanis bin Othman.

Pelbagai acara telah dipertandingkan bagi merebut pingat-pingat dan mata setiap rumah sukan. Antaranya ialah Lari 100 meter bagi lelaki dan perempuan ( guru/penuntut), lari 4 x 100 penuntut dan guru ( lelaki/perempuan), The Shutter, Water Ballon Toss, bawa Bola Pingpong, 7 Steps, Mix Relay, Perempuan Melayu Terakhir, Orang Kuat SMALHB dan bermacam-macam lagi.


Aksi selamba sang juara bagi kategori Orang Kuat SMALHB 2011, Ak.Md Saliehin berjalan ke garisan penamat.



sukan ria SMALHB...memang best !!!

Khamis, Jun 02, 2011

Majlis Mengenang Jasa

Hari Khamis

29 Jamadilakhir 1432H / 2 Jun 2011M

Dewan SMALHB

Satu majlis mengenang jasa kepada beberapa orang pegawai guru dan kakitangan SMALHB yang berpindah tugas dan menamatkan kontrak dengan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia.

Pada majlis tersebut seramai seorang pegawai, seorang guru dan 3 orang kakitangan SMALHB diraikan dalam suasana yang meriah. Mereka yang diraikan ialah Yang Mulia Ustazah Hjh Monalisalelawaty binti Hj Talib, guru matapelajaran Nahu Saraf yang berpindah ke Jabatan Kenaziran JPI. Yang Mulia Cikgu Hj Mohd Abbas Khan, guru matapelajaran Mathematics yang menamatkan perkhidmatan beliau di Negara Brunei Darussalam dan pulang ke negara asal beliau.Sementara Yang Mulia Dayang Rafeah binti Buang, Pembantu Perpustakaan SMALHB dan 2 orang Jaga SMALHB iaitu Yang Mulia Awang Bagol bin Hj Kuris dan Awang Ibrahim bin Awang Tengah berpindah tempat tugas di tempat baru.

Aturcara pada hari tersebut dimulakan dengan bacaan Ummul Quran yang diketuai oleh Yang Mulia Ustaz Hj Abd Rahim Jama' Soleh. Seterusnya ucaptama oleh Yang Mulia Ustazah Hjh Nora'aini binti Hj Abu Bakar, Pemangku Pengetua SMALHB diantara ucapannya mengucapkan ribuan terima kasih diatas sumbangan dan jasa yang telah diberikan sepanjang bertugas di SMALHB.

Majlis pada hari tersebut juga turut diserikan dengan ucapan daripada wakil yang diraikan dan persembahan daripada kalangan guru dan pelajar SMALHB secara spontan.

Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Selamat oleh Yang Mulia Ustaz Hj Abd Rahim Jama' Soleh.









Ucapan terima kasih yang tidak berkesudahan kami ucapkan kepada abiskita semua , segala jasa baik abiskita akan tetap kami kenang dan semoga Allah membalasnya dengan sebaik-baik balasan...Amin...

Isnin, Mei 30, 2011

Majlis Penyampaian STPUB & Hadiah Kepada Pelajar Enam Atas Sesi 2009/2010 Kali Ke-17

Pada 30hb Mei 2011 bersamaan dengan 26hb Jamadilakhir 1432H, SMALHB telah mengadakan Majlis Penyampaian Sijil STPUB dan hadiah kepada pelajar Tingkatan Enam Atas sesi 2009-2010. Seramai 116 pelajar telah menerima sijil-sijil mereka yang mana 30 orang pelajar mendapat pangkat Mumtaz, 13 Jayyid Jiddan, 47 Jayyid dan 26 Maqbul. Tetamu Kehormat pada majlis itu ialah Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman, Menteri Hal Ehwal Ugama.

Tetamu Kehormat dan pegawai-pegawai KHEU.

Bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh Awg Hazwan bin Hj Salim.

Pemangku Pengetua, Ustazah Hjh Nora'aini menyampaikan ucapan alu-aluan.

Ucapan Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Bin Pengiran Haji Abdul Rahman, Menteri Hal Ehwal Ugama.

Tetamu-tetamu yang hadir.

Pelajar perempuan yang menerima sijil

Kegembiraan terpancar di wajah pelajar yang menerima sijil

Persembahan nasyid dari pelajar SMALHB

Seorang pelajar menerima sijil dari Tetamu Kehormat

Mabruk

Sabtu, Mei 28, 2011

Perasmian Minggu Sukan & Rentas Desa

Pada 26hb Mei 2011, SMALHB telah mengadakan aktiviti rentas desa sebagai salah satu acara yang terdapat dalam sukan tahunan SMALHB dan diselajurkan dengan perasmian minggu sukan oleh Pemangku Pengetua Ustazah Hjh Nora'aini.

Mendaftar untuk ikut serta dalam acara rentas desa

Sebelum acara dimulakan

Memohon doa agar acaraberjalan lancar!

Ustaz Mayadi memberi taklimat sebelum acara dimulakan

Ready! Set! Go! Go! Go!!!!!!!!!!!!!

Semangat!

Rumah kuning gerenti menang!

"Baik tah ku maintain macho berlari, ada orang mengambar di belakang ah!"

Selasa, Mei 24, 2011

ZABARJADI'S ASSEMBLY

Pada 24hb Mei, kelas Pra U2 Zabarjadi mengadakan persembahan dalam perhimpunan pagi. Seperti biasa, acara dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran secara beramai-ramai.

Bacaan ayat-ayat suci Al-Quran

Nyanyian Lagu Kebangsan dan Lagu Rasmi Sekolah

Pegawai-pegawai yang hadir

Aksi lakonan dari Pra U2 Zabarjadi

' Usop Wilcha ' pun turut memeriahkan suasana

Aksi lucu



the end....