Isnin, April 06, 2009

Majlis Pelancaran dan Penyerahan Makmal Komputer

Majlis Pelancaran dan Penyerahan Makmal Komputer
kepada Sekolah-Sekolah Arab dan Ugama
Tetamu Kehormat : Haji Ismail bin Haji Abd Manap
Pemangku Pengarah Jabatan Pengajian Islam
Tempat : SMALHB
4hb April 2009M-Sabtu
.
Satu majlis menandakan rasminya penyerahan Makmal Komputer kepada Sekolah-Sekolah Arab dan Ugama di bawah Kementerian Hal Ehwal Ugama telah berlangsung pada 4hb April yang lalu bertempat di Dewan SMALHB.
.
.
Hadir pada majlis tersebut, pegawai-pegawai dari Jabatan Pengajian Islam, pengetua-pengetua, guru-guru besar dan para guru dari Sekolah-Sekolah Arab dan Ugama.
.

.
Tetamu Kehormat majlis tersebut, Yang Mulia Ustaz Haji Ismail bin Haji Abd Manap telah berkesudian merasmikan pelancaran Makmal Komputer seterusnya menyampaikan sijil-sijil kepada wakil-wakil dari sekolah-sekolah yang terlibat.
.
.
.
Sebelum beredar ke bilik pameran, Tetamu Kehormat dan perwakilan dari Syarikat Alif yang menyediakan segala fasiliti-fasiliti komputer bertukar-tukar cenderahati.
.
.
.
Tetamu Kehormat sempat meninjau sistem pembelajaran Bahasa Arab secara on-line yang dipersembahkan oleh wakil SMALHB di Makmal Komputer.
.
.
.
Kemudian tetamu kehormat beredar ke bilik komputer 2 yang berada berdekatan dengan Makmal Komputer SMALHB dan Makmal Sains sebelum melawat pameran komputer yang dipersembahkan oleh Sekolah-Sekolah Ugama.
.
.
.
.


Tiada ulasan: