Rabu, Jun 13, 2012

MAJLIS PEMBUBARAN MP SESI 2011-2012 DAN PERLANTIKAN MP SESI 2012-2013

19 Mei 2012, Majlis Pelajar kini dianggotai oleh ahli-ahli baru dan secara rasminya Majlis Pelajar sesi 2011-2012 telah pun dibubarkan. Syabas dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Mantan Ahli-ahli Majlis Pelajar yang telah memberikan komitmen, kerjasama serta telah banyak mengorbankan masa dan tenaga untuk menjalankan tugas yang telah diamanahkan. Tidak lupa didoakan semoga akan beroleh keputusan yang cemerlang pada peperiksaan yang akan datang. InshaAllah.


Majlis pada hari itu dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran diikuti dengan ucapan Pemangku Pengetua yang menyentuh serba sedikit mengenai tanggungjawab pelajar serta mengutamakan pelajaran demi mengejar impian, sentiasa menghormati ibu-bapa, guru-guru serta kawan-kawan dan sentiasa menjalankan suruhan agama.






Majlis diteruskan dengan ucapan mantan Yang Di-Pertua dan Naib Yang Di-Pertua MP sesi 2011-2012 iaitu, Md Dzulhilmi Moharefandi dan Nur Hafizah Hj Md Sofian. Ini diikuti dengan pengumuman MP 2012-2013 yang diumumkan oleh mantan Setiausaha MP 2011-2012. Ahli-ahli MP 2011-2012 & 2012-2013 juga menerima sijil mereka pada majlis tersebut.






Ahli-ahli MP sesi 2012-2013
 





Majlis juga menyaksikan penyerahan dan penerimaan tugas dari ahli lama kepada ahli baru yang dilangsungkan dihadapan Pemangku Pengetua.



 Barisan Ahli MP pelajar perempuan.

 Majlis penandatangan perjanjian

 Penyerahan tugas

Ucapan pertama YDP MP 2012-2013

 Pembacaan ikrar






Dalam majlis tersebut, mantan ahli-ahli MP 2011-2012 juga berkesudian mempersembahkan satu tausyeh dan lagu sebagai kenangan.


Semoga MP 2012-2013 akan dapat meneruskan warisan kecemerlangan SMALHB dan menaikkan nama SMALHB dalam segenap bidang serta mampu menjadi contoh tauladan buat pelajar lain. Tahniah!

Selasa, Jun 12, 2012

MAJLIS PERJUMPAAN IBU BAPA

Majlis berlangsung pada 17 Mei 2012 di dewan SMALHB. Majlis bertujuan untuk membincangkan perkembangan penuntut-penuntut PRA U2 sebelum menduduki peperiksaan STPUB dan BC GCE-A Level 2012.










Lawatan rombongan Madrasah Al-Junied Al-Islamiah Singapura

Pada 9 Rabiulakhir 1433H bersamaan 1 Mei 2012M, SMALHB telah menerima lawatan daripada pihak Madrasah Al-Junied Al-Islamiah Singapura terdiri daripada Pengetua dan Tenaga Pengajar madrasah tersebut. Tujuan utama lawatan ini adalah untuk mengukuhkah ikatan silaturrahim antara kedua-dua institusi pengajian ini termasuk memperkenalkan sistem pentadbiran dan pembelajaran serta menjadi landasan untuk sesi kongsisama antara tenaga pelajar SMALHB dan Madrasah Al-Junied.





 Di majlis tersebut Ketua Rombongan, Ustaz Moksan Mahori telah berkesudian memberikan ucapan ringkas mengenai sejarah Madrasah, perubahan dan objektif lawatan ini.


 Ahli rombongan juga dibawa melawat Galeri SMALHB untuk menyaksikan perkembangan SMALHB semenjak penubuhannya.










Pihak rombongan juga sempat mengabadikan kenangan dengan bergambar ramai.


Pihak sekolah juga berkesudian memberikan cenderahati kepada pihak rombongan.