Khamis, April 16, 2009

Bengkel Kepimpinan bagi AJK PKP 09/10

Ceramah dan Bengkel Kepimpinan
bagi AJK PKP 2009/2010M
Dewan Besar SMALHB
15hb April 2009M
Kaunselor : Leftenan Diny bin Haji Karim, ABDB
.
Satu ceramah dan bengkel kepimpinan selama sehari bagi Ahli JawatanKuasa Persatuan Kebajikan Penuntut 2009/2010M SMALHB telah diadakan bagi memupuk rasa semangat dan daya pemikiran positif sebagai ketua dalam memimpin persatuan di bawahnya.
.
Antara isi ceramah beliau ialah seseorang itu akan lebih mudah berinovasi dan melahirkan potensi serta keunikan yang ada pada dirinya bila seseorang itu merasakan dirinya dihargai. Dengan semangat inilah akan timbulnya keyakinan dan melakukan sesuatu perkara dengan baik.
.

.
Seramai 56 orang pelajar terdiri daripada 27 pelajar perempuan dan 29 pelajar lelaki yang juga merupakan AJK PKP lantikan baru SMALHB menghadiri ceramah dan bengkel kepimpinan berkenaan.
.

.
Kaunselor dari Pusat Kaunseling ABDB ini juga antara lain dalam ceramahnya menegaskan bahawa Setiap mereka yang berjaya mestilah memiliki pemikiran positif dan sama sekali tidak boleh memiliki tanggapan yang negatif kerana ia adalah penghalang terbesar ke arah mencapai kejayaan yang diinginkan.
.
.
Antara permainan yang menerapkan unsur-unsur kepimpinan dan pemikiran yang positif dalam bengkel sehari yang dijalankan.
.




.
Pemangku Pengetua SMALHB berkesudian memberikan cenderahati kenang-kenangan kepada kaunselor undangan di akhir bengkel.
.
.
Doa dipimpin oleh Pengerusi Badan Agama dan Akhlak 2009/2010M sebelum majlis bersurai.
.

Tiada ulasan: