MUTAKHIR

Adalah dimaklumkan bahawa Cikgu Haji Ismail Ayub akan menamatkan perkhidmatannya di Brunei Darussalam dan akan kembali ke tanah airnya, India. Beliau telah berkhidmat di SMALHB semenjak tahun 70-an lagi.
.
Kepada bekas pelajar-pelajar beliau yang ingin menghubunginya bolehlah terus menghubungi beliau di talian telefon bimbit :
.
8842717
.
Harap maklum

Khamis, November 12, 2009

Lawatan Ke Pangkalan Tentera Udara

Lawatan Ke Pangkalan Tentera Udara (PTU)
Kg. Rimba
11hb November 2009M
Rabu
.
Sebagai salah satu lagi cara untuk memotivasikan para pelajar, Ko-Kurikulum SMALHB turut menyusun satu lawatan melibatkan 40 pelajar lelaki ke Pangkalan Tentera Udara, Rimba untuk melihat lebih dekat lagi tanggungjawab dan bidang kerjaya seorang angkatan tentera udara.
.

.
Selesai sahaja taklimat, para pelajar terus dibawa melawat ke beberapa bahagian Pangkalan Tentera Udara seperti peralatan-peralatan semasa bertugas dan beberapa pesawat yang digunakan ketika menjalankan operasi.
.






Rabu, November 11, 2009

Lawatan Ke Jabatan Mufti Brunei

Lawatan ke Jabatan Mufti Brunei
11hb November 2009M
Rabu
.
Sempena ulang tahun penubuhan Jabatan Mufti Brunei ke 15 tahun pada 7hb November 2009M yang lalu, SMALHB membuat kunjungan ilmiah dan melihat secara dekat fungsi jabatan ini dan menyaksikan pelbagai pameran ilmiah serta koleksi KDYMM di sana.
.
.
Kunjungan seramai 45 orang pelajar termasuk guru pengawas ini disambut oleh beberapa orang pegawai yang bertugas dan kemudian diberikan taklimat oleh Yang Mulia Pg. Haji Ibrahim bin Pg. Haji Abu Bakar sebelum melawat ke bilik-bilik galeri dan koleksi buku-buku terbitan Jabatan Mufti Brunei.
.




.
Para pelajar dibawa melawat Balai Pameran Koleksi Mushaf, Tasbih dan Tongkat milik peribadi KDYMM. Di samping itu, pelbagai barang-barang seperti Kiswah Ka'abah di luar dan di dalam Ka'abah serta manuskrip-manuskrip turut menjadi perhatian para pelajar.
.

.
Jabatan Mufti Kerajaan juga mempelawa para pengkaji terdiri dari para pelajar dan siswa-siswi yang berkeinginan untuk menjadi ahli perpustakaan jabatan tersebut yang menyimpan beribu-ribu kitab turath dan rujukan untuk tujuan kajian dan juga bacaan.
.

Lawatan Ke Jabatan Bomba & Penyelamat

Lawatan Ke Jabatan Bomba Dan Penyelamat
Airport Lama, Berakas
10hb November 2009
Selasa
.
Satu lagi kumpulan pelajar lelaki seramai 40 orang dan 5 guru pengawas telah dibawa melawat ke Jabatan Bomba dan Penyelamat di Airport Lama, Berakas. Lawatan ini berjaya memberikan sedikit gambaran kepada para pelajar betapa mulianya tugas seorang ahli bomba dalam menjalankan tanggung jawab mereka yang bukan sahaja terhad kepada memadamkan kebakaran malahan juga menyelamatkan berbagai musibah termasuklah melindungi nyawa dan harta benda, kemalangan kereta, terperangkap dalam lift, gas bocor, kimia berbahaya yang tumpah, menyelamatkan orang lemas, tanah/bukit runtuh, memburu ular, kes percubaan bunuh diri dan banyak lagi tidak kira masa dan tempat.
.

.
" Bergaya bisdurang ani..."
.



.
Beberapa pertunjukan demonstrasi cara-cara menyelamatkan mangsa.

.









.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat yang telah sudi menerima kunjungan dari pihak SMALHB. Sampai jumpa lagi di lawatan-lawatan yang seterusnya~


Selasa, November 10, 2009

Lawatan Ke Heliport & HMSF

Lawatan Ke Heliport & Penerbangan KDYMM
10hb November 2009M
Selasa
.
Seramai 45 orang penuntut dan 5 orang guru mengadakan lawatan sambil belajar ke Heliport (Hanger 1) di Bandar Seri Begawan dan kemudian terus ke Penerbangan KDYMM (Hanger 2) di Rimba. Tujuan lawatan adalah di samping merupakan aktiviti selepas peperiksaan, ianya juga sebagai salah satu cara menambah pengetahuan ilmiah para penuntut tentang tanggungjawab semasa berada di kawasan penerbangan serta melihat secara lebih dekat pesawat udara khas KDYMM.
.

.
" Wahh~semua senyum royal & ayu... "
.


.
Para pelajar begitu teruja apabila melihat sendiri pesawat-pesawat peribadi milik KDYMM itu sendiri.
.
.
Para penuntut juga dibawa ke bilik gerakan dan diberi taklimat oleh pegawai yang bertugas di sana serta mengemukakan beberapa soalan.
.
.
" Tahukah anda : Membersihkan badan bahagian luar kapal terbang di bawah ini sahaja mengambil masa selama 3 hari "
.


Pemeriksaan Kesihatan Secara Percuma

Pemeriksaan Tahap Kesihatan
Bilik Pandang Dengar
SMALHB
9hb November 2009M - Isnin
.
Warga SMALHB dikunjungi oleh sebuah syarikat swasta yang mengadakan kerja amal secara percuma memeriksa tahap kesihatan warga SMALHB di samping turut mempromosikan beberapa produk kesihatan dan alat pemeriksa tahap kesihatan secara rutin.
.
.
Pemeriksaan yang dilakukan termasuklah pemeriksaan sistem paru-paru, kencing manis, darah tinggi dan sebagainya ini mendapat banyak perhatian dan kunjungan terutamanya dari para guru.
.