Khamis, April 30, 2009

Khalid Ibn Al-Walid Juara Keseluruhan 2009M

Majlis Penutup Sukan Ria
&
Penyampaian Hadiah-Hadiah Sukan
25hb April 2009M - 2.30 Petang
Dewan SMALHB
.
Sebelum tirai minggu sukan tahunan dan sukan ria SMALHB melabuh tirai secara rasmi, satu majlis rasmi penutup minggu sukan seterusnya penyampaian dan pengumuman hadiah-hadiah terbaik berlangsung pada sebelah petang, 25hb April 2009M di Dewan Besar SMALHB.
.

.
Timbalan Pengetua Pentadbiran SMALHB telah berkesudian menjadi tetamu kehormat berucap bahawa kejayaan akademik seseorang pelajar itu adalah seiring dengan keaktifan di dalam bidang ko-kurikulum seperti kata-kata hikmah yang menyebutkan bahawa "Akal Yang Sihat Itu Lahir Dari Tubuh Badan Yang Sihat". Beliau juga tidak lupa mengucapkan tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakan 3 majlis dalam 1 waktu sepanjang minggu sukan diadakan.

.
Atlet terbaik pelajar lelaki 2009M telah dianugerahkan kepada Zunorin Bin Abd Rahman dari Rumah Khalid Ibn Al-Walid (Biru).
.
.
Manakala Anugerah Atlet Pelajar Perempuan Terbaik minggu sukan 2009M jatuh kepada Siti Nazehah binti Haji Zaini dari Rumah Hamzah bin Abd. Mutalib (Hijau).
.
.
Atlet Guru Lelaki Terbaik Minggu sukan 2009M dinobatkan kepada U. Ak Mohd Shahrin bin Pg Haji Shamsuddin dari Rumah Khalid Ibn Al-Walid (Biru).
.
.
C. Nur Al-Ashikin binti Dr. Haji Abdullah dari Rumah Salahuddin Al-Ayubi (Merah) dipilih sebagai Atlet Guru Perempuan Terbaik Minggu Sukan 2009M.
.
Antara anugerah utama yang diumumkan pada petang tersebut ialah rumah terbaik dalam kategori rentas desa di mana Rumah Hamzah Bin Abd Mutalib (Hijau) layak memenangi kategori ini di atas pencapaian mata terbanyak sepanjang rentas desa pada 18hb April yang lalu.
.
.
Tahun ini merupakan tahun bertuah bagi Rumah Khalid Ibn Al-Walid (Biru) apabila membolot 3 trofi utama dalam kategori terbaik dalam Kategori Sukan Tahunan, kategori terbaik dalam Sukan Ria dan Kategori Rumah Terbaik.
.


.
Ketua Rumah Khalid Ibn Al-Walid (Biru) berbesar hati menerima trofi-trofi dari Timbalan Pengetua Pentadbiran SMALHB.
.

.
Acara kemuncak adalah pengumuman Juara Keseluruhan yang diumumkan oleh Ketua Penyelaras Jasmani, U. Haji Mayadi bin Haji Ali. Rumah Khalid Ibn Al-Walid (Biru) dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan bagi sesi 2009M di atas pencapaian terbaik sepanjang temasya Minggu Sukan Tahunan dan Sukan Ria selama seminggu. Tahniah diucapkan dari SMALHB!

.


.
Rumah Khalid Ibn Al-Walid (Biru) merakamkan gambar kenang-kenangan beramai-ramai selepas majlis. Kegembiraan jelas tergambar di setiap riak wajah. Penat-lelah terbayar sudah..Maju sukan untuk semua....
.

Tiada ulasan: