Memaparkan catatan dengan label Majlis Rasmi Negara. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Majlis Rasmi Negara. Papar semua catatan

Selasa, Julai 13, 2010

SMALHB Serikan Majlis Perhimpunan Isra' Mikraj

Majlis Memperingati Isra' Mikraj Peringkat Negara 1431H/2010M
Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas
10hb Julai 2010M - Sabtu
.
SMALHB melalui Kelab Hadrah 2010M diundang menyerikan Majlis Memperingati Isra' Mikraj Junjungan Rasulullah Muhammad Peringkat Negara pada pagi Sabtu lalu.
.
.
Berangkat di majlis sambutan yang diadakan di Pusat Persidangan Antarabangsa pada hari itu ialah Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) dan yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam beserta kerabat-kerabat diRaja yang lain.
.
.
Keberangkatan KDYMM dijunjung oleh Menteri Hal Ehwal Brunei, Yang Berhormat Pengiran Dato' Seri Setia Dr. haji Mohammad yang juga selaku Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Hari-Hari Kebesaran Islam tahun 1431H.
.

.
KDYMM bertitah bahawa Ibadat Sembahyang merupakan anugerah istimewa yang berlaku dalam peristiwa Isra' Mikraj Rasullullah mampu memelihara individu dari perkara-perkara munkar.
.
.
Majlis diserikan dengan persembahan nasyid berjudul "Isra' Mikraj Mukjizat Agung" ciptaan Darul Ehsan dan lirik oleh Menteri Hal Ehwal Ugama Brunei dendangan Kumpulan An-Nida
.
.
U. Awg Md Zulhafiz bin Awg Tengah, salah seorang ahli Kumpulan An-Nida merupakan tenaga pengajar SMALHB.
.
.
Penganugerahan Anugerah Imam Cemerlang 1431H julung-julung kalinya dimenangi oleh Yang DiMuliakan Pehin Khatib Awang Haji Mustafa bin Haji Murad
.
.
Bilal Awang Haji Hamdini bin Haji Gharif menerima Anugerah Bilal Cemerlang 1431H dari KDYMM
.






Sabtu, Februari 27, 2010

Perhimpunan Sempena Sambutan Maulidur Rasul SAW

Perhimpunan Besar Sambutan Maulidur Rasul SAW
27hb Februari 2010M - Sabtu
Taman Sir Muda Omar Ali Saifuddien.
.
Dengan bertemakan " Ya Illahi, Selamatkan Brunei Darussalam " pada tahun ini, sekali lagi SMALHB menyertai perhimpunan besar sempena sambutan Maulidur Rasul SAW bersama-sama beratus-ratus pasukan yang lain.
.
.
Timbalan Pengetua Akademik SMALHB ketika ditemuramah
.


.
KDYMM dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam turun padang bersama-sama rakyat jelata di perhimpunan mega ini.
.







.
Perarakan besar ini melalui beberapa buah batang jalan raya utama di ibu negara bermula dan berakhir di Taman Sir Muda Omar Ali Saifuddien.
.








Rabu, Februari 24, 2010

SMALHB di Perhimpunan Agung Penuh Patriotik

Perhimpunan Agung Hari Kebangsaan Brunei Darussalam Ke 26
Taman Sir Muda Omar Ali Saifuddien
23hb Februari 2010M - Selasa


Suasana Perhimpunan Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke 26 tahun ini dimeriahkan lagi dengan upacara perbarisan lalu yang disertai lebih 17,000 peserta dari 109 pasukan.


.
Baginda berkenan memeriksa perbarisan kawalan kehormatan yang terdiri dari anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan anggota Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB).
.
.
Juga berkenan menyertai perbarisan lalu ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah yang menyertai Pasukan Kadet Tentera ABDB, Universiti Brunei Darussalam (UBD) dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Khairul Khalil.


Sebahagian pelajar SMALHB merakamkan gambar kenang-kenangan bersama YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah.


Suasana sebelum perbarisan lalu bermula













.
SMALHB pemegang nombor pasukan yang ke 73 mula menghampiri kawasan Taman Sir Muda Omar Ali Saifuddien.
.







.
Bentuk angka 26 dari semua peserta perbarisan lalu merupakan acara kemuncak pada perhimpunan agung tersebut dengan diiringi dengan koir " Negaraku Brunei Darussalam ".
.