Selasa, Disember 22, 2009

Taklimat Bakal-Bakal Penuntut Pra-U I

Taklimat Bakal-Bakal Penuntut Pra-U I Sesi 2010M
Dewan SMALHB
29hb Disember 2009M - Selasa
9.00 pagi hingga 11.30 pagi
.
Satu taklimat dan penerangan kepada bakal-bakal penuntut Pra-U I pengambilan sesi akademik 2010 Masihi telah berlangsung yang dipengerusikan oleh Pemangku Pengetua SMALHB. U. Hajah Asmah binti Haji Randah.
.
.
Taklimat yang mengumpulkan kira-kira 150 orang bakal penuntut baru ini bertujuan memberikan gambaran yang lebih jelas pemilihan jurusan-jurusan yang ditawarkan oleh SMALHB iaitu ; Jurusan Syariah, Usuluddin, Lughah Arabiyyah dan Sains (akan dibukakan setelah keputusan O Level keluar kelak).
.
Pemangku Pengetua juga dalam taklimatnya menekankan bahawa peluang keluar negara di bawah skim khas di SMALHB adalah lebih cerah di mana banyak biasiswa telah dibukakan bagi pelajar-pelajar cemerlang SMALHB. Kerana itu, beliau terus menasihati bakal-bakal penuntut Pra-U I untuk menanam keazaman yang lebih kuat dan bersedia dari segi fizikal dan mental.

.

.
Sesi soal jawab juga dibukakan kepada bakal-bakal penuntut mengajukan sebarang persoalan dan kemusykilan yang berbangkit.
.


Isnin, Disember 07, 2009

Lawatan Ke Kota Kinabalu Bahagian 2

Program Lawatan Ke Kota Kinabalu (Bahagian 2)
Bermula : 1hb Disember - 5hb Disember 2009M
Anjuran : Ko-Kurikulum SMALHB
.
Pada hari ketiga lawatan, rombongan dibawa masuk ke Kinabalu National Park. Udara yang segar dan sejuk di pergunungan Gunung Kinabalu ini memberikan semangat para penuntut melihat sendiri gahnya Gunung Kinabalu, gunung keempat tertinggi di Asia Tenggara.
.
.
Para penuntut berjalan melihat keindahan panorama kawasan pergunungan Kinabalu sehingga berada di ketinggian 1800 meter dari paras laut.
.
.
"Beapa saja bisdia ani~ ? *wink*"
.
.
Replika Bunga Raflesia yang terdapat di Kinabalu National Park
.
.
Pada sebelah petang hari yang sama, rombongan dibawa melawat ke kilang coklat terbesar di Sabah yang berada di Tanjung Aru. Cocoa Boutique menyajikan dan menjual pelbagai jenis coklat berperisa. Antara perisa yang unik terdapat di kilang tesebut ialah coklat berperisa cili dan durian.
.
.
" Haa~ bisdia pantang melihat coklat..senyum lebar tarus tauke kilang..hehe.. "
.

.
Hari keempat lawatan diisikan dengan program Riadhah ke Pulau Manukan. Sabah memang terkenal dengan keindahan pulau-pulaunya dan Pulau Manukan merupakan antara pulau yang penuh tarikan para pelancong yang berkunjung ke Kota Kinabalu.
.
.
" Jangan lupa pakai Losyen aaa~ "
.




.
Antara aktiviti yang dilakukan semasa di pulau ialah seperti "Warming Up", Volleyball, 3 sekaki dan berenang.
.
.
Jaguh-jaguh Volleyball..hehe
.

.
Selain dari keaslian panorama Pulau Manukan, ia juga menawarkan pelbagai kemudahan seperti tempat tinggal "Chalet", restoran-restoran, kayak dan bermacam-macam lagi.
.
.
Peninggalan sejarah juga turut dipamerkan di beberapa sudut di pulau ini.
.

.
Bergambar ramai di Warisan Square
.

.
Surprise !! Khairul Anam dikejutkan dengan Birthday Cake sewaktu pulang ke Brunei Darussalam pada 5hb Disember 2009M. Happy Birthday to u~
.
.
Foto : courtesy of Azhar, Tykah, Reyan hK, Noyyumz, Asdey, Munirah

Sabtu, Disember 05, 2009

Lawatan Ke Kota Kinabalu Bahagian 1

Program Lawatan Ke Kota Kinabalu (Bahagian I)
Bermula 1hb Disember - 5hb Disember 2009M
Anjuran : Ko-Kurikulum SMALHB
.
Buat julung-julung kalinya, SMALHB menganjurkan lawatan ilmiah ke Kota Kinabalu, Sabah dibukakan kepada penuntut-penuntut Tingkatan 6 Atas yang sedang bercuti. Seramai 44 orang penuntut termasuk beberapa orang guru dan ahli keluarga penuntut turut serta memeriahkan program anjuran Ko-Kurikulum ini bertujuan untuk mengisikan waktu cuti para penuntut dengan perkara-perkara berfaedah dan dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara satu dengan lain.
.
.
Program di hari pertama setelah sampai ke Kota Kinabalu kira-kira jam 2 petang adalah bersiar-siar di kawasan Bandar raya Kota Kinabalu yang merupakan pusat perdagangan dan industri yang utama terletak berhadapan dengan Laut China Selatan. Kota Kinabalu mencapai taraf bandar raya pada 2hb Februari 2000 dan membangun pesat hingga ke hari ini.
.

.
Pada hari kedua, rombongan bertolak ke kawasan pergunungan Kinabalu. Sepanjang perjalanan yang mengambil masa kira-kira 4 jam dari bandaraya Kota Kinabalu ini, rombongan dapat melihat secara dekat keindahan dan kehijauan flora serta udara yang segar jauh dari hiruk-pikuk kota. Rombongan singgah di Pekan Nabalu, salah sebuah pekan terdapat di kawasan pergunungan yang terkenal dengan hasil kraftangannya yang unik.
.
Panaroma di Menara Pekan Nabalu
.


.
Rombongan menginap di Strawberry Garden Hotel, kira-kira 3 km dari Kinabalu National Park. Pemandangan tenang di sekeliling dengan kehijauan dan gunung-ganang seluas saujana memandang menambahkan lagi semangat para penuntut.
.

.
Strawberry Garden Hotel bukan saja menawarkan pemandangan dan penginapan yang selesa, malahan ia juga memiliki Taman Buah Strawberry nya sendiri dan Taman Bunga Ros sesuai dengan cuaca kawasan pergunungan yang sejuk untuk penyemaian dan pemeliharaan.
.
.
" Apa kata kitani tanam di Brunei & buat bisnes ? " nya si Asdey..hehe
.

.
Silaturrahim antara penuntut jelas terpancar serta semakin akrab
.
.
Selesai sahaja dari menunaikan Sembahyang Jamak berjemaah, rombongan terus menuju ke Pekan Ranau untuk menjamu selera dan bersiar-siar.
.
.
Program terus dilanjutkan dengan melawat kawasan Air Panas Poring, kira-kira 2 jam perjalanan dari tempat penginapan. Poring terkenal sebagai salah satu destinasi perlancongan di mana para pengunjung berpeluang melihat sendiri dan mandi di kawasan air panas semula jadi ini. Selain itu juga, kawasan ini terdapat pelbagai spesis flora, taman rama-rama, jambatan gantung dan pelbagai lagi tarikan pelancong yang lain.
.
.
Untuk kemudahan para pelawat, beberapa kolam kecil dan sederhana turut dibina untuk kemudahan para pelawat mandi bersama-sama keluarga sama ada tempat mandi secara terbuka ataupun tertutup.
.
.
Kedai kraftangan terdapat di Poring
.

.
Program pada waktu malam diteruskan selepas Solat Jamak Maghrib dan Isyak dengan aktiviti berupa 'team-work' di dalam berkumpulan. Setiap wakil di dalam kumpulan akan menggayakan apa yang diarahkan soalan dan kumpulannya akan meneka gerak yang dilakonkan. Kumpulan lelaki berjaya memenangi acara ini dengan markah penuh.
.
.
"Rasa-rasanya apa yang dilakonkan si Faez ani aaa~? hehe.."
.
.
"Laaa~~ lain dilakonkan, lain jawapan bisdia ani sampai ketawa-ketawa.."
.

.
Foto : courtesy of Azhar, Tykah, Reyan hK, Noyyumz, Asdey, Munirah

Selasa, Disember 01, 2009

Surat Kemasukan Ke Pra U 1 SMALHB Sudah Dibuka

Surat Kemasukan Pra U 1 SMALHB
.
Dimaklumkan bahawa Surat Kemasukan ke Pra U 1 bagi sesi akademik 2010 Masihi telahpun dibuka pada:
.
Tarikh : 1 Disember hingga 10 Disember 2009M
.
Tempat : Bilik Mesyuarat 1 SMALHB
.
Masa : Waktu pejabat
.
Tarikh lewat menghantar surat kemasukan tersebut ialah tidak lewat 21 Disember 2009M.
.
Sekian dimaklumkan.