Ahad, Januari 31, 2010

SMALHB Raih Tempat Keempat Tarik Kalat Antarabangsa

Kejohanan Tarik Kalat Antarabangsa
Anjuran : Jabatan Pendidikan Ko-Kurikulum,
Persatuan Tarik Kalat Negara dan Sekolah Antarabangsa Seri Mulia Sarjana

31hb Januari 2010M - Ahad
Tempat : PTE Katok
.
Kejohanan yang buat julung-julung kalinya diadakan ini mempertandingkan kategori lelaki "Light Weight" yang tidak melebihi 600 kilogram bagi 8 orang penarik menemukan 12 pasukan dari 11 buah sekolah termasuk SMALHB yang diwakili oleh penuntut-penuntut Tingkatan 6 Atas.
.
Persembahan seni mempertahankan diri di awal segmen dari sekolah tuan rumah, SA Seri Mulia Sarjana
.
.
Dalam pusingan pertama di sebelah pagi, SMALHB mendahului pasukan-pasukan yang lain dengan mengutip mata penuh dan melayakkan diri ke peringkat suku akhir. Pada pusingan suku akhir, SMALHB berjaya melangkah ke separuh akhir dengan mata penuh ke atas SA Seri Mulia Sarjana (B).
.



.
Pertandingan separuh akhir yang berlangsung pada petang hari yang sama menyaksikan SMALHB tewas dari terus mara ke Peringkat Akhir menentang pasukan dari SM Muda Hashim Tutong dan secara rasmi mendapat tempat keempat di akhir perlawanan.
.
Johan pertandingan dari SM Sayyidina Hussain..tahniah..
.
.
Tahniah diucapkan kepada pasukan tarik kalat SMALHB dan jurulatih di atas usaha dan ikhtiar hingga menjadi antara pasukan keempat terbaik dari semua pasukan yang turut bertanding. SMALHB pulang membawa sebuah piala dan sijil.
.

.
Bergambar kenangan bersama beberapa AJK pertandingan
.

Rakaman Kuliah Tafsir Al-Quran

Rakaman Kuliah Tafsir Al-Quran
(Surah Al-Fatihah)
Jame' Asr Hassanil Bolkiah
30hb Januari 2010M
.
Teks oleh : Norazriah binti Haji Abd. Aziz (Usuluddin Rummani)
Disunting semula oleh : SMALHB
.
Seramai 20 orang penuntut-penuntut lelaki dan perempuan dari Pra-U I terpilih menyertai rakaman kuliah yang dipermudahcarakan oleh Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awg Othman.
.
Ustaz Awg Muhd Zulhafiz bin Tengah (tenaga pengajar di SMALHB) membacakan Ummul Kitab secara tarannum di awal rakaman.
.
.
Rakaman kira-kira 2 jam ini mengulas dan menafsir keistimewaan Surah Al-Fatihah ini. Yang Berhormat pehin juga menegaskan bahawa solat seseorang itu tidak sah jika bacaan Al-Fatihah tidak sempurna dilakukan. Beliau juga menegaskan bahawa Allah SWT yang bersifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim seperti yang terkandung dalam ayat pertama dalam Al-Fatihah benar-benar bersifat Pengasih dan Penyayang kepada sekalian makhluknya, tidak kira ia seorang yang beriman atau tidak, taat ataupun ingkar.
.
.
Sesi soal-jawab dari salah seorang peserta dari SMALHB
.


.
Kuliah seperti ini, selain dapat menambahkan ilmu pengetahuan kepada para penuntut, ianya juga dapat memantapkan lagi akidah setiap muslim dan sebagai motivasi agar menambahkan amalan-amalan zahiriah mahupun batiniah.

Sabtu, Januari 30, 2010

Suntikan Semangat Dalam Ceramah Motivasi

Ceramah Motivasi Di Tahun Baru
28 hb Januari 2010M
Hari Khamis
.
Bagi memberikan semangat kepada warga Sekolah Menengah Arab Laki-Laki Hassanal Bolkiah terutama sekali kepada pelajar Pra-U I yang baru memasuki alam pra-Universiti di sekolah ini, satu ceramah motivasi telah disampaikan di dewan besar SMALHB. Penceramah, Pengiran Haji Sabtu bin Pg Haji Tuah, telah diundang dari Unit Kaunseling, Kementerian Kesihatan.
.






.
Diharap dengan adanya ceramah motivasi seperti ini dapat memberi galakan untuk merangsang para pelajar lebih berkeyakinan lagi dalam menghadapi alam remaja mereka yang penuh mencabar. Warga SMALHB tidak juga lupa mengucapkan penghargaan kepada penceramah kerana kesudian beliau hadir menjayakan majlis ini.

Khamis, Januari 28, 2010

SMALHB Participated in The International Workshop

International Workshop On Energy And Materials For Sustainable Development
Chancellor Hall, UBD
27th January - 28th January 2010M
.
Done by : Mohd Khairol Azamain bin N0rzelan (Usuluddin Rummani)
Edited by : SMALHB
.
On the 27th and 28th of January, 3 pre-U I students of our school had involved themselves in a workshop namely "International Workshop On Energy And Materials For Sustainable Development" which was held at the Senate Room, UBD's Chancellor Hall.
.
The participants from SMALHB : Mohd Khairol Azamain bin N0rzelan, NurAfiqah binti Boestaman and Nur Amal Afiqah binti Haji Matusin.
.
.
An inaugural speech was delivered by The Minister of Energy, Pehin Dato Seri Pahlawan Haji Mohammad bin Haji Daud.
.
The workshop, according to the minister will hopefully help the participants and the nation in general to hasten the transformation, where different ways of producing, managing and using energy can improve the quality of environment, health and prosperity for all in a sustainable manner.
.
The 2 days workshop featured several lectures presented by various professors from Japan, Singapore, Korea, Singapore, Australia, Malaysia, China and Hongkong touched on topics that would help the participants explore research collaborations in areas of interest, as well as to brainstorm on the focus and future action plans of the Research Clusters.
.


.
Other aims of the workshop also include: to assist the growth of the Energy and Materials Research Cluster to recognise Research Centres in the region, as well as launching the activities of the Energy and Materials Research Clusters, and deliberate on the recent advances in these areas of research.
.
.
Our students enjoy the workshop very much as they were allowed to ask questions after each topics. This help them to gain a lot of benefits and information on the developments of energy and materials research. Hopefully this workshop would change their ways of viewing energy and materials researches towards positive side thus making them to be interested to exploit any related fields.

Khamis, Januari 21, 2010

Minggu Ta'aruf Dan Silaturrahmi III

Minggu Ta'aruf Dan Silaturrahmi (Hari Terakhir)
Penuntut-Penuntut Pra-U I 2010/2011
SMALHB
21hb Januari 2010M
.
Hari terakhir Minggu Ta'aruf dan Silaturrahmi diserikan lagi dengan pertandingan Lagu Rasmi Sekolah antara kelas-kelas Pra-U I. Pertandingan yang bermula kira-kira jam 10.30 pagi itu dihakimi dari sudut Lagu yang membawa 40 markah, Suara / Fasahah 40 markah dan kreativiti persembahan 20 markah.
.



.
Gaya kumpulan juara.. suasana dewan gamat dengan kreativiti Pra-U I Zabarjadi
.

.
Hakim-hakim pertandingan
.
.
Manakala Majlils Penuntut Minggu Ta'aruf Dan Silaturrahmi 2010M berlangsung di sebelah petang. Timbalan Pengetua Akademik, YM U. Haji Saharuddin bin Haji Patra dalam ucapannya mengucapkan syabas kepada penuntut-penuntut baru dan berdoa semoga SMALHB akan terus cemerlang sesuai dengan moto sekolah dengan kehadiran ahli-ahli keluarga SMALHB yang baru.
.
Awang Afiq bin Roslan mewakili penuntut-penuntut Pra-U I di dalam ucapannya mengucapkan syukur dan berterima-kasih kepada seluruh warga SMALHB di atas program-program suai kenal yang bukan sahaja dapat merapatkan silaturrahmi antara warga SMALHB bahkan dapat menimba satu lagi ilmu baru di dalam kelompok kehidupan dan suasana pembelajaran yang baru sebelum bergelar siswa/siswi di masa akan datang.
.
Persembahan tausyeh menyerikan lagi majlis penutup
.
.
Timbalan Pengetua Akademik juga berkesudian menyampaikan hadiah-hadiah kepada pemenang-pemenang aktiviti-aktiviti selama 3 hari Minggu Ta'aruf Dan Silaturrahmi berlangsung.
.

.
Acara bersalam-salaman antara penuntut-penuntut senior dan junior
.
.
150 penuntut-penuntut Pra-U I sesi 2010/2011M
.
.
Antara Ahli Jawatan Kuasa Penuntut yang bertungkus-lumus menjayakan program 3 hari bersama penuntut-penuntut Pra-U I
.

Rabu, Januari 20, 2010

Minggu Ta'aruf Dan Silaturrahim II

Minggu Ta'aruf Dan Silaturrahmi (Hari Kedua)
Penuntut-Penuntut Pra-U I 2010/2011
SMALHB
20hb Januari 2010M
.
Hari kedua Minggu Ta'aruf Dan Silaturrahmi diteruskan lagi dengan walkathon dan aktiviti-aktiviti berbentuk "Team Building" dari kawasan perkarangan sekolah ke kawasan letak kereta Tamoi dan seterusnya ke Kawasan Kubah Makam DiRaja.
.



.
"Kami bukan kanak-kanak..kami adalah juaraaa~"
.
.
Aktiviti "Tom and Jerry"
.
.
"Trust Falling"
.
.
Kira-kira jam 11 pagi, satu lagi taklimat berlangsung di dewan sekolah telah disampaikan oleh Guru Kanan Akademik dan Guru Kanan Ko-Kurikulum.
.
.
"ermm~batu-batu hikmat kah tu ?"
.


.
Acara sebelah petang ialah Musabaqatuz Zaka' di mana kuiz 3 pusingan ini menonjolkan bakat dan pengetahuan am para penuntut secara spontan. Dari 8 buah kelas bertanding di pusingan pertama menjadi 3 kelas di pusingan terakhir untuk merebut juara antara kelas.
.

.
Senam robik mengisi slot petang para penuntut asrama puteri. Manakala asrama putera mengadakan sukan futsal persahabatan.
.

.
Selesai solat Isyak berjemaah dan makan malam, satu pertandingan azan antara pelajar-pelajar lelaki mengambil tempat di surau SMALHB. Seramai 7 peserta wakil setiap bilik telah diadili oleh YM Awg Zulhafiz bin Haji Tengah dan YM Ak. Mohd Shahrin Pg.Haji Shamsuddin.
.


.
Persembahan tausyeh gabungan Menengah 6 Atas di akhir segmen pertandingan.
.