Rabu, April 08, 2009

Pertandingan Bahas Bahasa English Antara Sekolah-Sekolah Negara Brunei Darussalam Peringkat Senior Tahun 2009

Pertandingan Bahas Bahasa English Kali Ke 13
6hb dan 7hb April 2009
Isnin dan Selasa
Sekolah Menengah Sayyidina Ali
.

Pertandingan tahunan anjuran Jabatan Ko-kurikulum, Kementerian Pendidikan pada tahun ini disertai oleh lapan buah pasukan dari 6 buah sekolah yang terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan enam. Sekolah-sekolah yang ikut serta ialah Pusat Tingkatan Enam Meragang, Pusat Tingkatan Enam Katok, Sekolah Menengah Sayyidina Ali, Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah, Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan dan Sekolah Menengah Arab Laki-Laki Hassanal Bolkiah.

Walaupun SMALHB memberikan tumpuan hampir kesemua matapelajarannya di dalam Bahasa Arab, namun pelajar-pelajarnya penuh bersemangat untuk menyertai pertandingan ini. Wakil-wakil SMALHB ialah Abdul Hafiz Bin Samat, Nur'Atiqah Binti Hj Abu Bakar, Nurul Nadia Binti Ahamad dan Zuhairah Ainee Binti Hj Ahmad.
.

Pertandingan saringan telah berlangsung di Sekolah Menengah Sayyidina Ali, Daerah Belait selama 2 hari dan 4 pasukan yang telah terpilih untuk bertanding di peringkat separuh akhir ialah PTE Katok, PTE Meragang, Maktab Duli dan SM Sayyidina Othman. Pertandingan separuh akhir akan diadakan pada 28hb April 2009M.
.

Antara peserta SMALHB yang telah memberikan hujah mereka bagi menyokong perbahasan mereka dalam pusingan awal yang mana mereka sebagai penyanggah dan pelajar dari SM Sayyidina Othman sebagai pencadang kepada tajuk perbahasan "This House Believes That Research and Development Exploits The Vulnerable."





Antara hakim yang ditugaskan dalam perbahasan pada hari tersebut.
.
.
Pusingan kedua menggandingkan pasukan dari SMALHB sebagai Penyanggah dan SM Sayyidina Ali sebagai Pencadang dan tajuk yang diberikan ialah "This House Believes That Television kills relationship."
.
.
Pertandingan dalam pusingan kedua ini telah dimenangi oleh pasukan dari SMALHB dan peserta terbaik dalam pusingan ini juga dari SMALHB iaitu Nur'Atiqah Binti Hj Abu Bakar.
.
.
Pusingan ketiga pertandingan telah berlangsung pada hari Selasa dan menemukan pasukan SMALHB sebagai pencadang dan PTE Meragang sebagai penyanggah dengan tajuk "This House Believes That Teenagers Rule The Home."
.
Walaupun SMALHB kurang bernasib baik dalam pusingan pertama dan ketiga, namun kekalahan tipis ini telah memberikan saingan yang hebat kepada pasukan-pasukan lain.
.
Ini jelas memberi gambaran bahawa pelajar SMALHB bukan sahaja mampu menguasai Bahasa Melayu dan Bahasa Arab tetapi juga Bahasa Inggeris sebagai Tri-Lingual sebagai bahasa penghantar dalam pembelajaran dan rutin harian.
.
Tahniah dan syabas diucapkan.

Tiada ulasan: