Selasa, April 14, 2009

Majlis Pembubaran PKP 08/09 dan Perlantikan PKP 09/10

Majlis Pembubaran AJK PKP sesi 2008/2009M
dan
Perasmian Perlantikan AJK PKP sesi 2009/2010M serta Raid Raidah
14hb April 2009M
Dewan Besar SMALHB
.
SMALHB di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar telah mengadakan majlis tersebut di atas setelah kemasukan pelajar-pelajar baru lebih kurang 2 bulan. Tujuan kelewatan majlis ini diadakan berbanding daripada tahun-tahun sebelumnya adalah memberi peluang kepada para pegawai dan guru SMALHB mengenali bakal-bakal pemimpin yang terdiri dari pelajar baru yang benar-benar layak menerajui Persatuan Kebajikan Penuntut (PKP)
.

.
Pembuka tirai majlis diserikan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh Ahmad Zulwaqar bin Suhaili dari Syariah Akhdar.
.
.
Lagu Rasmi SMALHB dilaungkan buat kesekian kalinya diketuai oleh sekumpulan pelajar lelaki gabungan Tingkatan 6 Bawah dan 6 Atas.
.


.
Acara diteruskan dengan ucapan Pemangku Pengetua SMALHB. Beliau dalam ucapannya antaranya menekankan bahawa pentingnya disiplin terus dipertingkatkan dalam diri setiap pelajar dan individu serta tidak melanggar peraturan yang termaktub. Pemangku Pengetua juga tidak lupa merakamkan terima kasih dan tahniah kepada AJK PKP sesi 2008/2009M di atas segala jasa dan usaha membantu pihak sekolah selama ini.
.
.
Sejurus saja ucapan dari Pemangku Pengetua dan Perasmian Perlantikan AJK PKP baru sesi 2009/2010M, majlis diteruskan dengan ucapan dan kata-kata nasihat dari bekas Yang DiPertua penuntut, Mohd Asdey Hazabullah bin Haji Md Zin dan bekas Naib Yang DiPertua penuntut, Hafizah binti Haji Yahya.
.

.
Acara diteruskan dengan penyampaian sijil-sijil kepada semua bekas AJK PKP sesi 2008/2009M oleh Timbalan Pengetua Pentadbiran SMALHB.
.

.
Segmen persembahan lagu nasyid gabungan semua bekas AJK PKP sesi 2008/2009M dipersembahkan sebagai penyeri majlis.
.

.
Majlis diteruskan dengan pengumuman secara rasmi AJK PKP sesi 2009/2010M dan Raid Raidah yang diumumkan sendiri oleh Guru Kanan Hal Ehwal Pelajar yang juga memangku Timbalan Pengetua Akademik.
.
.
Menjawat sebagai Yang DiPertua Penuntut baru ialah Mohd Thaqif bin Haji Baha dari Usuluddin Banafsaji dan Naib Yang DiPertua Penuntut ialah Syaheerah binti Mohammad dari Syariah Akhdar.
.

.
Sebelum bacaan ikrar, satu surat timbang terima penyerahan tugas ditandatangani oleh bekas YDP dan YDP baru dengan disaksikan oleh Pemangku Pengetua sendiri.
.



.
Sebelum majlis berakhir, Rattib Al-Attas dibacakan oleh semua warga dewan dipimpin oleh YDP, Setiausaha I dan Pengerusi Badan Agama dan Akhlak yang baru dilantik.
.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ilal majdi wal ulaa..
smoga ajk taun ani ok2 aja..