Selasa, Mac 31, 2009

Lawatan Sambil Belajar Ke UBD

LAWATAN KE MAKMAL SAINS
FAKULTI SAINS, UBD
30hb MAC 2009
ISNIN
.
Sejurus saja penggal kedua persekolahan bermula, satu rombongan dari SMALHB yang terdiri daripada pelajar Tingkatan 6 Bawah Sains Ramadi telah membuat lawatan sambil belajar ke makmal Sains di Fakulti Sains UBD. Rombongan disambut oleh dekan, pensyarah, penyelia makmal dan juga para pelajar UBD sendiri.
.
Lawatan dimulakan dengan ucapan dari Dekan Fakulti Sains UBD, Dr. Chee Ming Lim, Pensyarah Jurusan Fizik. Beliau menyentuh mengenai sejarah dan perubahan-perubahan yang telah berlaku dalam sistem pembelajaran di Fakulti berkenaan. Beliau juga telah memberikan beberapa nasihat yang berguna kepada pelajar-pelajar supaya sentiasa peka dengan keadaan sekeliling dan menjadi pelajar yang pandai membuat analisis dengan apa sahaja yang mereka lihat disekeliling mereka.
.
Setelah sesi taklimat berakhir, rombongan dibawa melawat sekitar makmal Fizik. Associate Professor, Dr. Frank Nickols sedang memberikan sesi praktikal kepada pelajar Tahun 2 Jurusan Fizik.
.
.
.

.
Rombongan kemudian dibawa ke Makmal Biologi dan diberikan penerangan mengenai beberapa peralatan yang digunakan dalam makmal berkenaan. Rombongan juga telah dibawa untuk meninjau bagaimana pelajar Tahun 2 dalam kursus Biologi menjalankan sesi praktikal yang diketuai oleh pensyarah Dr. Kushan Tenakoon.
.


.
.
.
Rombongan juga berkesempatan untuk melihat lebih dekat lagi beberapa spesimen binatang, serangga dan hidupan yang boleh didapati di Negara Brunei Darussalam termasuklah beberapa spesies rama-rama yang sukar didapati tetapi membiak di negara ini. Helen Pang Yoke Kiew telah memberikan penerangan bagaimana semua spesimen itu telah diperolehi dan dipelihara.
.
.
.
Setelah itu, Rombongan dibawa ke makmal Kimia dan diberi penerangan oleh Dr Hj Ibrahim Bin Hj Abd Rahman, Dr. Lim Lee Hoon dan juga oleh beberapa pelajar Tahun 2 jurusan tersebut. Pelajar pada masa itu sedang mengkaji berapa banyak isi kandungan "Caffeine" yang terdapat dalam beberapa minuman yang sering diminum oleh penduduk negara ini.
.
.
Akhir sekali, rombongan dibawa kembali ke bilik taklimat untuk menikmati jamuan. Wakil rombongan SMALHB, Syaza' Ayuni Binti Haji Salleh memberikan ucapan Terima Kasih di atas sambutan baik pihak UBD. Cenderahati telah diserahkan kepada Dekan Fakulti Sains sebagai tanda penghargaan daripada pihak SMALHB.
.
.
.
Pihak SMALHB juga ingin memberikan penghargaan kepada Penyelia Makmal, Hj Mohd Jamil Bin Hj Abd Hamid dan Hj Abd Manap Bin Hj Murat, yang telah meluangkan masa sepanjang lawatan dibuat. Lawatan ini telah memberikan pengalaman yang berharga kepada rombongan dan memberikan motivasi untuk pelajar belajar lebih proaktif lagi sebagai persediaan mereka sebelum memasuki alam universiti kelak.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bila turn 6 atas sains ahmar?