Jumaat, April 17, 2009

SMALHB berjaya ke Peringkat Akhir Syarahan Ugama

Pertandingan Syarahan Ugama Sekolah-Sekolah Menengah dan Maktab Senegara Kali 21
Peringkat Saringan
Jabatan Pendidikan ko-Kurikulum
Kementerian Pendidikan
Tuan Rumah - Sekolah Menengah Awang Semaun
16hb April 2009M-Khamis
.
Peserta lelaki SMALHB yang diwakili oleh Ahmad Zulwaqar bin Suhaili berjaya melepasi peringkat saringan setelah berentap dengan 22 buah sekolah menengah dan maktab yang lain. Tajuk syarahan "Belia Islam Akhir Zaman" berjaya memikat hati juri dengan memberikan kelebihan mata kepada wakil SMALHB ini iaitu 90% sekaligus menduduki tempat paling teratas dalam kiraan markah.
.

.
Manakala peserta perempuan SMALHB yang diwakili oleh Auni Raqinah binti Haji Abdul Rajak juga memberikan persembahan yang baik dengan membawakan tajuk syarahan "Akauntabiliti Belia Dalam Kepimpinan" berentap dengan 24 buah sekolah yang lain. Walaubagaimanapun, rezeki tidak berpihak kepada peserta perempuan SMALHB. Tahniah kepada kedua-dua wakil sekolah dan persiapan rapi akan dijalankan sebelum peringkat akhir menjelang yang dijadualkan pada awal Jun nanti.
.




Tiada ulasan: