Majlis Penyampaian Hadiah dan Sijil Tinggi Pelajaran Ugama sesi 2007/2008M
23hb April 2009M
8.45 pagi
Tetamu Kehormat : Yang Mulia Ustaz Pg. Haji Bahrom bin Pg. Haji Bahar
Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap, KHEU.
.
Tarikh 23hb April 2009M mencatat sejarah lagi apabila seramai 150 orang lepasan SMALHB pelbagai jurusan menerima sijil-sijil mereka yang melayakkan mereka memasuki universiti-universiti dalam atau luar negeri dan juga kolej universiti tempatan.
.
.Tarikh 23hb April 2009M mencatat sejarah lagi apabila seramai 150 orang lepasan SMALHB pelbagai jurusan menerima sijil-sijil mereka yang melayakkan mereka memasuki universiti-universiti dalam atau luar negeri dan juga kolej universiti tempatan.
.
Sejurus ketibaan tetamu kehormat, bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dan tafsirannya dipersembahkan oleh wakil pelajar Tingkatan 6 Bawah dan diselajuri dengan nyanyian Lagu Kebangsaan Brunei serta Lagu Rasmi SMALHB.
.
.
.
Ucapan alu-aluan oleh Pemangku Pengetua SMALHB. Dalam ucapannya antara lain mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua penerima sijil dan mendoakan agar mereka akan terus gigih dan tekun berusaha bersungguh-sungguh di alam universiti nanti.
.
.
.
Tetamu kehormat ketika berucap menyentuh tentang pencapaian peratus lulus STPUB yang agak menurun berbanding dari tahun lepas. Beliau berharap di tahun-tahun akan datang pelajar-pelajar dan mereka yang terlibat terus mempertingkatkan lagi kualiti lepasan-lepasan SMALHB. Beliau juga mengimbau nostalgia ketika menuntut di sekolah ini dan terharu dapat lagi bersua muka dengan guru yang pernah mengajar beliau matapelajaran Bahasa Inggeris, Cikgu Mohammad Ayub.
.
.Tetamu kehormat ketika berucap menyentuh tentang pencapaian peratus lulus STPUB yang agak menurun berbanding dari tahun lepas. Beliau berharap di tahun-tahun akan datang pelajar-pelajar dan mereka yang terlibat terus mempertingkatkan lagi kualiti lepasan-lepasan SMALHB. Beliau juga mengimbau nostalgia ketika menuntut di sekolah ini dan terharu dapat lagi bersua muka dengan guru yang pernah mengajar beliau matapelajaran Bahasa Inggeris, Cikgu Mohammad Ayub.
.
.
Wajah-wajah ceria antara penerima sijil yang memperolehi keputusan Mumtaz (cemerlang) menantikan nama-nama mereka dipanggil ke atas pentas.
.
..
Salah seorang penerima yang berjaya mencapai keputusan Mumtaz, Awang Abd Rahman bin Haji Emran.
.
..
Hajah Adzimah Mukarramah binti Haji Salleh berbesar hati menerima trofi kristal dan cenderahati di atas kejayaannya memperolehi pangkat Mumtaz.
.
.
.
Dari jumlah 150 orang penerima sijil pelbagai bidang, seramai 23 orang pelajar memperolehi pangkat Mumtaz (Cemerlang), 26 orang mendapat Jayyid Jiddan (Sangat Baik), 48 orang mencapai Jayyid (Baik) dan 53 orang mendapat Maqbul (Lulus)
..
Majlis diserikan lagi dengan persembahan sketsa dalam nasyid bertajuk Taman Firdausi @ Keluarga Bahagia. sketsa dalam nasyid ini antara lain menyentuh tentang pentingnya keakraban dan kemesraan dalam institusi kekeluargaan dalam menentukan kejayaan akademik seorang anak. Para penonton dapat merasai watak dan jalan cerita yang digambarkan di mana dewan besar dipenuhi dengan gelak-ketawa dan segelintir ibu bapa dan pelajar menitiskan air mata dengan mesej cerita tersebut.
.Acara kemuncak penyampaian hadiah ialah pengumuman 3 pelajar terbaik sepanjang sesi 2007/2008M. Nasriah binti Haji Roslan dinobatkan sebagai Pelajar Terbaik Kegiatan.
.
.
Manakala Rabvyatul Adawyah Zahidah binti Haji Awang dinobatkan sebagai Pelajar Terbaik Akademik di mana beliau telah mencapai keputusan semua matapelajaran Mumtaz
.
.
Pelajar Mithali Terbaik dalam Akademik dan Kegiatan disandang oleh Syairah binti Haji Salim. Ketiga-tiga penerima mendapat sijil, cenderahati, sandang dan trofi kristal. Pemilihan mereka ini bedasarkan pencapaian dan sumbangan yang diberikan kepada sekolah sepanjang sesi pengajian. Tahniah diucapkan..
.
.
Selesai sahaja majlis penyampaian di dewan besar aras satu, tetamu kehormat berbesar hati merasmikan galeri SMALHB yang mengabadikan sejarah sekolah, nostalgia-nostalgia dari penubuhan SMALHB di era 60-an hingga hari ini dan pencapaian-pencapaian sekolah dari segi akademik dan ko-kurikulum. Galeri dibukakan pada para pelawat pada waktu persekolahan.
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan