Khamis, April 16, 2009

Perkumpulan Pagi Persembahan Syariah Samawi

Perkumpulan Pagi Persembahan Syariah Samawi
16hb April 2009M-Khamis
Dewan Besar SMALHB
.
Perkumpulan kali ini menyaksikan kebolehan pelajar-pelajar dari Syariah Samawi mempamerkan bakat dan ketrampilan di hadapan orang ramai. Bacaan Surah Al-Ahzab dari ayat 60 hingga 68 dipimpin oleh Norkhairi, Norhamizan, Nuzul Haqimie, Zunorin, Azizi dan Adilah.
.

.
Bagi meminta perlindungan dan kejayaan dari Allah SWT, doa sekolah dibacakan diketuai oleh Shokrathi.
.
.
Segmen lakonan Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris diserikan dengan sketsa berkisar tentang menghormati para guru. pelajar-pelajar begitu berkeyakinan memberikan mutu persembahan yang baik dari masa ke semasa.
.
.
Khutbah Bahasa Arab bertajuk "Menghormati guru" disampaikan oleh Md. Zahiruddin yang juga salah seorang ahli kelab Bahasa Arab SMALHB yang ditubuhkan pada awal tahun ini.
.



.
Syabas kepada semua yang terlibat menjayakan segmen lakonan 2 bahasa, khutbah dan pengacaraan. Dengan kejayaan ini membuktikan bahawa pelajar-pelajar SMALHB mampu berhadapan dengan orang ramai dengan mengeluarkan pendapat-pendapat yang bernas dan bersahaja.
.
.
Khutbah Bahasa Inggeris disampaikan oleh Harziranoryani.
.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

yg ane aku memuji..sal lakonan nya dpahami..yg klas len 2 ok jua..p ane lbih ok laa..aha..nway congratz aa..k..salam sejahteraa