Khamis, April 23, 2009

Raptai Penyampaian Sijil STPUB sesi 2007/2008M

Raptai Penyampaian Hadiah dan Sijil Tinggi Pelajaran Ugama
20hb April - 21hb April 2009M
Dewan SMALHB
.
Selama 2 hari raptai penuh berlangsung di Dewan Besar SMALHB bagi acara gemilang Penyampaian Hadiah dan Sijil Tinggi Pelajaran Ugama Brunei bagi lepasan-lepasan Tingkatan 6 yang lulus Peperiksaan STPUB pada tahun lepas.
.

.
Bagi memastikan semua acara dapat berjalan dengan lancar, para bakal penerima sijil berlatih dengan giat adab dan tertib ketika menerima sijil dan hadiah pada hari sebenar penyampaian. Tetamu Kehormat pada majlis penyampaian itu ialah Timbalan Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Ustaz Pg. Haji Bahrom bin Pg. Haji Bahar.
.






.
Mereka yang di belakang tabir kejayaan majlis penyampaian sijil menyiapkan persiapan-persiapan akhir.
.
.
Antara trofi-trofi kristal yang bakal disampaikan kepada penerima-penerima Pelajar Terbaik Kelas-Kelas, Pelajar Terbaik Matapelajaran, Pelajar-pelajar cemerlang (Mumtaz), Anugerah Pelajar Cemerlang dan cenderahati berupa "Organizer SMALHB" kepada 150 orang penerima sijil.
.






Tiada ulasan: