Sabtu, Julai 31, 2010

Syababul Qur'an Di Pentas Perayaan

Persembahan "Medley Keputeraan"
Malam Persembahan Bercorak Keagamaan
Tempat : Pentas Berhadapan Bangunan Alat Kebesaran DiRaja
31hb Julai 2010M - Sabtu
.
Dengan membawakan medley beberapa buah lagu Hari Keputeraan pelbagai rentak dalam satu persembahan sahaja, para penonton di pentas perayaan terhibur dengan gaya dan kostum SMALHB yang beraneka di samping irama lagu dakwah, balada, dangdut, broadway dan bermacam-macam lagi selama 10 minit persembahan.
.
.
Suasana di belakang pentas sebelum persembahan
.
.
Dari Kiri ; gadis kampung, pegawai bomba dan pegawai askar diperagakan oleh SMALHB
.
.
"Tahniah wang, graduate si awang malam ani aaa~"
.
.
Pada malam tersebut, SMALHB diundang bagi mengisi slot bagi acara Pertandingan Nasyid antara sekolah-sekolah agama Peringkat Akhir. Turut hadir ialah Pengarah Jabatan Pengajian Islam, U. Haji Ismail bin Manap.
.
.
Penuh Warna !! antara komen para penonton terhadap persembahan SMALHB yang dimanifestasikan melalui kostum jentera pelapis negara seperti siswa universiti dalam dan luar negeri, pegawai beruniform, ahli korporat dan pegawai-pegawai kerajaan dan swasta.
.


.
Pasukan SUAMP RIPAD meraih tempat ketiga dalam pertandingan pada malam tersebut. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.
.

Presiden & Naib Presiden Syababul Qur'an Baru

Perlantikan Presiden & Naib Presiden Syababul Qur'an 2010/2011
24hb Julai 2010M - Sabtu
Jam : 3.30 - 4.30 petang
Tempat : Galeri SMALHB
.
Kelab Al-Qur'an SMALHB yang dikenali sebagai Syababul Qur'an secara rasminya telah mempunyai presiden dan naib presiden baru. Majlis perlantikan ini dihadiri oleh Timbalan Pengetua Pentadbiran, U. Hajah Hamidah binti Haji Abd Rahman seterusnya berkesudian memberikan ucapan dan menyampaikan sijil kepada mantan presiden serta presiden dan naib presiden baru.
.

.
Antara objektif penubuhan Syababul Qur'an ini ialah membentuk, mendidik dan mengasah penuntut-penuntut mendalami lagi bidang Tarannum dan Tausyeh Al-Qur'an serta mencari pelapis qari-qariah untuk diketengahkan.
.
Antara kejayaan Syababul Qur'an ialah menjuarai Pertandingan Tausyeh anjuran Radio Televisyen Brunei pada tahun 2009 melalui kumpulan Al-Abqariyyun dan aktif menerima undangan tausyeh dan marhaban dalam majlis-majlis peringkat negara dan persendirian.

.
.
Presiden Syababul Qur'an yang baru, Md Hazwan bin Haji Salim
.
.
Naib Presiden Syababul Qur'an, NorAzriah binti Haji Abd Aziz
.

.
Presiden dan Naib Presiden bersama-sama mantan Presiden Syababul Qur'an
.

Isnin, Julai 26, 2010

Minggu Aktiviti Akademik 2010M

26 Julai 2010 (Isnin) - Hari Al-Qur'an
.
27 Julai 2010 (Selasa) - Hari Tarikh Tasyrie & Tarikh Islam
.
28 Julai 2010 (Rabu) - Hari Tarikh Adab & Nusus
.
29 Julai 2010 (Khamis) - Hari Tafsir & Hadith
.
31 Julai 2010 (Sabtu) - Hari Bahasa Melayu & Inggeris

Pasukan Laki-Laki SMALHB Di Istana Nurul Iman

Persembahan Bercorak Keagamaan
Sempena Perayaan Ulang Tahun Keputeraan KDYMM ke 64 Tahun
Surau Istana Nurul Iman
24hb Julai & 27hb Julai 2010M - Sabtu & Selasa
.
Seramai 60 orang terdiri dari pegawai dan guru serta penuntut-penuntut lelaki Pra-U I mengambil bahagian bersama-sama persatuan-persatuan kampung dan jabatan-jabatan lain dalam persembahan sempena Perayaan Ulang Tahun Keputeraan KDYMM pada tahun ini di Surau Istana Nurul Iman.
.

.
SMALHB mempersembahkan Tausyeh "Salawat Badriah" pada malam pertama. Manakala pada malam kedua, SMALHB membawakan dikir "Khairu Man" dan sebuah tausyeh berjudul "Thommin Qalbi".
.



Sabtu, Julai 24, 2010

Unit Biologi SMALHB Buat Pemeriksaan Kesihatan

Pemeriksaan Kesihatan Buat Warga SMALHB
Anjuran : Unit Biologi SMALHB
22hb Julai 2010M - Khamis
.
Untuk memastikan kondisi kesihatan warga SMALHB dalam keadaan baik dan terjaga, Unit Biologi SMALHB diketuai oleh Cikgu Saidah binti Haji Ismail dibantu oleh para penuntut jurusan Sains Biologi SMALHB mengadakan projek pemeriksaan kesihatan.
.
.
Aktiviti selama sehari ini antara lain bertujuan membantu para penuntut SMALHB khasnya dan warga SMALHB amnya menyedari bahawa kesihatan jasmani yang seimbang dan ideal juga menyumbang kesan kepada kecerdasan akal. Pemeriksaan am ini termasuklah pemeriksaan berat badan, ketinggian, tekanan darah, degupan jantung dan kandungan gula di dalam badan.
.


.
" Ermm...tinggi awang belum cukup..hehe ~Kidding~ "
.

.
" Stress si dayang ani...pasal kan qualfying ani kah tekanan darah naik ? hehe "
.

.
Bakal-bakal doktor pelapis negara bersama projek-projek mereka
.

Pasukan Perempuan SMALHB di Istana Nurul Iman

Persembahan Bercorak Keagamaan
Sempena Perayaan Ulang Tahun Keputeraan KDYMM ke 64 Tahun
Surau Istana Nurul Iman
19hb Julai 2010M - Isnin
.
.
Seramai 42 orang guru dan 26 orang pelajar perempuan telah dijemput menyemarakkan lagi acara keagamaan di Surau Istana Nurul Iman yang diketuai oleh Pengetua SMALHB.
.




.
Pada malam tersebut, pasukan perempuan SMALHB telah mempersembahkan bacaan ayat-ayat suci Al-Qur'an (Zainul Qur'an) dan sebuah tausyeh bertajuk Astaghfirullah.
.

.
Woww...bab makan memang 'favourite' bisdia student-student ani..hehe~
.

Khamis, Julai 15, 2010

3 Wakil Syababul Qur'an Di Peringkat Akhir Tilawatil Quran Belia Kebangsaan

Pertandingan Tilawatil Quran Belia Kebangsaan 2010 (Akhir)
Dewan DiGadong

Bangunan Kementerian Belia dan Sukan

9hb Julai 2010M - Jumaat
.
Md. Hazwan bin Haji Salim dan Ahmad Zulwaqar bin Suhaili berjaya meraih naib johan dan tempat ketiga dengan memperolehi markah 85.75 % dan 84 % dalam Pertandingan Tilawatil Quran Belia Kebangsaan Peringkat Akhir baru-baru ini. Manakala wakil perempuan SMALHB, Dayang Nurul Amierah binti Haji Sarudin mendapat tempat keempat bagi kategori perempuan.
.
Bergambar ramai dengan semua finalis di pertandingan tersebut.
.
.
Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan berkesudian menjadi tetamu kehormat majlis seterusnya menyampaikan hadiah kepada para pemenang dan finalis.
.
Johan kategori lelaki, Awg Haji Nasrul Fakhri bin Haji Yahya

.
Penganjuran pertandingan seumpama ini adalah juga dihasratkan akan dapat merealisasikan lagi hasrat titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam di Majlis Pertandingan Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Kebangsaan bagi tahun 1996 Masehi pada 1 Jamadilakhir, 1417 bersamaan 13 Oktober, 1996 bagi melahirkan pelapis-pelapis terdiri dari para belia muda dalam bidang tarannum Al-Qur'an.
.
Tahniah diucapkan kepada 3 wakil Syababul Quran dan guru pembimbing di atas usaha hingga melayakkan diri ke peringkat akhir.

Selasa, Julai 13, 2010

SMALHB Serikan Majlis Perhimpunan Isra' Mikraj

Majlis Memperingati Isra' Mikraj Peringkat Negara 1431H/2010M
Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas
10hb Julai 2010M - Sabtu
.
SMALHB melalui Kelab Hadrah 2010M diundang menyerikan Majlis Memperingati Isra' Mikraj Junjungan Rasulullah Muhammad Peringkat Negara pada pagi Sabtu lalu.
.
.
Berangkat di majlis sambutan yang diadakan di Pusat Persidangan Antarabangsa pada hari itu ialah Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) dan yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam beserta kerabat-kerabat diRaja yang lain.
.
.
Keberangkatan KDYMM dijunjung oleh Menteri Hal Ehwal Brunei, Yang Berhormat Pengiran Dato' Seri Setia Dr. haji Mohammad yang juga selaku Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Hari-Hari Kebesaran Islam tahun 1431H.
.

.
KDYMM bertitah bahawa Ibadat Sembahyang merupakan anugerah istimewa yang berlaku dalam peristiwa Isra' Mikraj Rasullullah mampu memelihara individu dari perkara-perkara munkar.
.
.
Majlis diserikan dengan persembahan nasyid berjudul "Isra' Mikraj Mukjizat Agung" ciptaan Darul Ehsan dan lirik oleh Menteri Hal Ehwal Ugama Brunei dendangan Kumpulan An-Nida
.
.
U. Awg Md Zulhafiz bin Awg Tengah, salah seorang ahli Kumpulan An-Nida merupakan tenaga pengajar SMALHB.
.
.
Penganugerahan Anugerah Imam Cemerlang 1431H julung-julung kalinya dimenangi oleh Yang DiMuliakan Pehin Khatib Awang Haji Mustafa bin Haji Murad
.
.
Bilal Awang Haji Hamdini bin Haji Gharif menerima Anugerah Bilal Cemerlang 1431H dari KDYMM
.