Memaparkan catatan dengan label Aktiviti hujung tahun 2009. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Aktiviti hujung tahun 2009. Papar semua catatan

Rabu, November 25, 2009

Menandatangani Rekod Kemajuan Penuntut

Majlis Menandatangani Rekod Kemajuan Penuntut
24hb November 2009M - Selasa
Dewan Besar SMALHB
.
Selepas menduduki peperiksaan akhir tahun dan juga pelbagai aktiviti sepanjang bulan November yang lalu, maka rasminya keputusan peperiksaan telah dikeluarkan pada 24hb November 2009M dengan disahkan oleh Pemangku Pengetua. Para penuntut berdebar untuk mengetahui keputusan penuh yang dirahsiakan sepanjang awal hingga pertengahan November lalu. Seperti tahun yang sudah, sistem peperiksaan baru yang diperkenalkan adalah berupa sistem menggunakan gred dan bukan mengikut peratus lulus.
.
.
Antara ibu bapa / penjaga yang hadir untuk mengetahui pencapaian dan kemajuan anak-anak mereka sepanjang tahun 2009M
.


.
Tahniah kepada mereka yang telah berjaya dan kepada mereka yang kurang bernasib baik, pihak SMALHB akan terus memberikan sokongan padu supaya terus cekal dan berusaha lebih giat di masa akan datang.

Selasa, November 24, 2009

Hiking Di Bukit Mentiri

Mendaki Bukit Kampong Mentiri
dan
Bertahlil di Rumah Pengetua
21hb November 2009M - Sabtu
8.00 pagi hingga 12 Tengahari
.
Ko-Kurikulum SMALHB terus mengadakan aktiviti riadah di luar kawasan sekolah dengan menganjurkan program mendaki Bukit Kampong Mentiri di Brunei Muara. Acara dimulakan dengan "warming up" memanaskan badan sebelum pendakian bermula.
.



.
Berlatar-belakangkan kawasan penyimpanan air bersih Mengkabau yang juga terletak di atas bukit.
.
.
Lalah dah biskita.. ? hehe...inda jauh tu...
.

.
Selepas program mendaki bukit, warga SMALHB dijemput ke rumah Pengetua SMALHB di Kampong Mentiri bagi sama-sama menghadiahkan bacaan tahlil seterusnya menjamu selera.
.

Sabtu, November 21, 2009

Klinik Ummul Quran

Klinik Ummul Quran
Anjuran : Jabatan Al-Quran dan Amali SMALHB
19hb November 2009M - Khamis
.
Ummul Quran yang juga dikenali sebagai Surah Al-Fatihah merupakan satu-satu nya surah yang wajib dibaca ketika menunaikan solat. Sempurnanya solat individu itu juga bergantung kepada kesempurnaan bacaan surah yang mengandungi 7 ayat di dalam nya ini.
.
Bertitik-tolak dari kepentingannya, Jabatan Al-Quran dan Amali SMALHB telah mengundang 4 orang pegawai dari Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah (ITQ SHHB) membantu warga SMALHB menghalusi bacaan Al-Fatihah agar lebih sempurna.
.


.
Di akhir segmen, para pegawai dari ITQ SHHB memberikan komen dan teguran membina dari dapatan-dapatan sepanjang klinik memperdengarkan bacaan setiap warga SMALHB. Semoga usaha yang dilakukan ini akan terus membantu kesempurnaan kita semua dalam mendirikan ibadah seharian kita.
.

Khamis, November 19, 2009

Perang Kuali SMALHB Meriah!

Perang Kuali
18hb November 2009 - Rabu
Tempat : Berhadapan Taman Therapeutik
.
Buat julung-julung kalinya, SMALHB mengadakan satu pertandingan Perang Kuali mencungkil bakat para penuntut menyediakan resipi bagi penuntut-penuntut lelaki dan membuat tumpi bagi penuntut perempuan. Pelbagai aksi dan ragam sepanjang pertandingan berlangsung.
.
.
Juara pertandingan membuat tumpi...dapat menempah ni....
.
.
Juara kategori lelaki..memang handal-handal bisdia ani..
.
.
2 pengacara yang tidak asing lagi..gamat..panas suasana...hehe
.



Selasa, November 17, 2009

Kursus Titik Teroka Di Temburong

Kursus Titik Teroka
Outward Bound Temburong
17hb November 2009M - Selasa
.
Seramai 63 orang penuntut terdiri dari Persatuan Kebajikan Penuntut, Prefek-Prefek termasuk guru menyertai kursus selama sehari ini yang dikelolakan oleh Kementerian Kebudayaan Belia Dan Sukan (KKBS) melalui Guru Penyelaras Perkembangan Staff SMALHB.
.
.
Kursus ini antara lain bertujuan : membentuk jati diri individu/belia yang mantap dan menguji ketahanan fizikal mental serta memupuk semangat setiakawan dan berpasukan dalam membuat keputusan,bertindak dan saling bertolong-tolongan di dalam kumpulan.
.
.
Para penuntut dibahagikan kepada empat kumpulan iaitu : 1- ALAK BETATAR 2- PATEH TUBA 3- ONG SUM PING 4- PG. BENDAHARA SAKAM. Pelbagai aktiviti berkumpulan sepanjang hari antaranya ialah FLYING FOX, TRUST FALL, TOM & JERRY, MOON & WALKER, TRAFFIC JAM dan AYAM & TELUR.
.
.
Waduh..macam iklan kungfu panda ada jua bisdurang ani..hehe
.

.
Hati-hati aaa menyambut anak orang aaa...tangan mesti kuat....
.





Isnin, November 16, 2009

Suntikan Semangat Kepada Para Penuntut

Kursus Motivasi Dan Kepimpinan
16hb November 2009M - Isnin
Dewan SMALHB
.
Walaupun bahang cuti penggal persekolahan keempat hampir bermula dan para penuntut akan memulakan cuti persekolahan mereka lebih kurang seminggu lagi, SMALHB terus rancak mengungkayahkan aktiviti bersifat ilmiah sebagai pemangkin agar terus memantapkan diri dari segi fizikal dan mental sebelum bermulanya sesi pembelajaran mereka di Tingkatan Enam Atas tahun hadapan.
.
.
Kursus Motivasi dan Kepimpinan yang bertempat di dewan SMALHB ini dipermudahcarakan oleh seorang kaunselor dari Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan (KKBDS), Hj Abd Rahman Bin Hj Ahim, yang juga merupakan bekas penuntut SMALHB pada satu ketika dulu.
.




Ahad, November 15, 2009

BBQ di Pantai Muara

Rehlah & Barbecue Warga SMALHB
14hb November 2009M-Sabtu
7.30 pagi hingga 12 tengah hari
Pantai Muara
.
Penyelaras Indung Angkat berkalaborasi dengan Kelab Tenaga dan Kelab FUGEN menjayakan program rehlah sambil barbeku di Pantai Muara yang melibatkan seluruh warga penuntut dan guru SMALHB.
.
"Warming up dulu aaa~"
.




.
Program yang antara lain bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan kekeluargaan antara pihak sekolah dengan para pelajar di samping sebagai satu lagi wadah efektif menghidupkan suasana adik-beradik angkat di kalangan mereka.
.
Antara permainan melibatkan indung dan anak angkat..Laju lusir!!
.
.
"Sapa mambali roket biskita ani nanti?"
.
.
Permainan "The Longest Chain"..ado-ado gala kreativiti bisdia ani~
.