Jumaat, Mei 22, 2009

SMALHB & SUAMP RIPAD Johan Tausyeh 2009M

Pertandingan Peringkat Akhir Tausyeh 1430H/2009M kali ke 4
Penganjur : Rangkaian Nur Islam, RTB
22 Mei 2009M - Jumaat
8 malam - Dewan Raya Radio Televisyen Brunei
.
Untuk kali keempat, Nur Islam berjaya menganjurkan Pertandingan Tausyeh sebagai salah satu usaha dakwah dan hiburan alternatif ilmiah mengajak para belia remaja khususnya menyemai semangat kecintaan terhadap junjungan besar SAW melalui puji-pujian dan selawat ke atas Baginda.
.
Dari 35 buah pasukan yang bertanding, 8 pasukan berjaya menjadi finalis di mana SMALHB diwakili oleh kumpulan Al-Abqariyyun dan Badi'atul Jama'ah.

Hadir menjadi tetamu kehormat majlis ialah Timbalan Menteri Pendidikan, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman dan isteri, Yang Mulia Datin Hajah Alimah binti Haji Mohd Taib.


.
Al-Abqariyyun yang membawa erti (Cendikiawan-cendikiawan yang bijak) diwakili oleh 7 pelajar lelaki Tingkatan 6 Bawah menjadi peserta pertama membuat persembahan. Dengan membawakan tausyeh bertajuk " Dawini ", kumpulan ini berjaya menambat hati para juri hingga layak dinobatkan sebagai juara kategori lelaki.
.
.
Manakala Lu'lu Ul Munawwar yang bermaksud (Mutiara Berkilau) wakil dari SUAMP RIPAD merangkul kejuaraan bagi kategori perempuan dengan mempertaruhkan lagu " Ya Rabbi Antal Hadi ".
.


.
Juara setiap kategori membawa pulang Piala, Sijil Penyertaan dan wang tunai $3000.
.
.
Pertandingan Tausyeh yang bersiaran langsung di RTB 2 dan siaran Nur Islam ini juga bertujuan untuk diperkembangkan serta dikekalkan menjadi satu projek yang berkesinambungan di Siaran Nur Islam dalam melaksanakan peranan dakwah Islamiah, pemangkin ilmu dan wadah penciptaan kesenian Islam yang indah.
.


.
Ketika diwawancara dari The Brunei Times, Al-Abqariyyun sendiri tidak menyangka akan berjaya memandangkan semua pasukan yang bertanding memberikan persembahan yang bertenaga dan mantap pada malam itu di samping tekanan dan juga waktu latihan yang amat terhad kerana berada di musim peperiksaan pertengahan tahun.
.
.
Lu'Lu Ul Munawwar bersama rakan-rakan dan guru-guru yang hadir memberi sokongan.
.

.
Alfu Mabruk ikhlas dari warga SMALHB kepada Al-Abqariyyun dan Lu'Lu Ul Munawwar serta semua finalis pada malam tersebut. Ilal Majdi Wal 'Ula..
.
Keputusan Penuh :
.
Kategori Lelaki-
Johan : Al-Abqariyyun
Kedua : Al-Muhazzibun
Ketiga : An-Najwan
Keempat : Syababul Ma'Had
.
Kategori Perempuan-
Johan : Lu'Lu Ul Munawwar
Kedua : Al-Helwah
Ketiga : Al-Akmam
Keempat : Badi'atul Jama'ah

Tiada ulasan: