Pertandingan Tausyeh Separuh Akhir
Studio A, RTB
8hb Mei 2009M
8.00 malam
.Seramai 14 buah pasukan terdiri dari 7 kumpulan lelaki dan 7 kumpulan perempuan bertanding di separuh akhir Pertandingan Tausyeh untuk memilih 4 kumpulan terbaik dari setiap kategori. SMALHB mempertaruhkan 2 kumpulan iaitu Al-Abqariyyun dan Nurul Imtiaz (bertanding di atas nama sekolah) dan 2 kumpulan dari pelajar-pelajar Tingkatan 6 Bawah dan Atas (bertanding di atas nama persatuan) yang bertempat di studio A, RTB di ibu negara.
.Kumpulan Nurul Imtiaz diketuai oleh Norhanani binti Haji Abd Wahab (tengah)membawakan tausyeh berjudul "Satunsorun"
.
.
Pasukan Al-Abqariyyun diketuai oleh Ahmad Zulwaqar bin Suhaili (tengah) mempertaruhkan tausyeh bertajuk "Dawini" sebelum membuat persembahan.
.Lu'lu' Munawwar antara kumpulan yang mara ke peringkat akhir.
.
.
Kumpulan dari Ma'Had Islam Brunei yang menggelarkan diri mereka sebagai "Syababul Ma'Had" juga berjaya menambat hati juri ke pusingan akhir nanti.
.Badi'atul Jama'ah adalah antara kumpulan yang menarik perhatian juri juga berjaya melangkah ke pertandingan akhir.
.Setelah dinilai oleh para juri, seramai 4 kumpulan lelaki dan 4 kumpulan perempuan berjaya menempatkan diri ke peringkat akhir yang akan diadakan pada 22hb Mei ini, jam 8.00 malam. Tahniah diucapkan kepada Kumpulan Al-Abqariyyun dan Badi'atul Jama'ah (bertanding di atas nama persatuan) yang berjaya mara ke peringkat akhir.
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan