Khamis, Mei 07, 2009

Lawatan Ke Brunei Shell Petroleum

Taklimat Dan Pameran Biasiswa Dan Kerjaya
Shell Petroleum Brunei (BSP)
5hb Mei 2009
Hari Selasa
.
Seramai 20 orang pelajar kelas 6 Bawah Sains Ramadi dan 6 Atas Sains Ahmar dan beberapa guru pengawas telah menghadiri pameran dan taklimat yang diungkayahkan oleh pihak BSP, Daerah Belait.
.

.
Sebelum bermula taklimat, pelajar telah dibawa meninjau pameran-pameran yang disediakan dan diberi peluang untuk bersoal jawab dan beramah-mesra dengan para penerima biasiswa BSP. Pameran mempamerkan beberapa kursus yang ditawarkan oleh biasiswa BSP di luar negara dan seterusnya kerjaya yang bakal diceburi setelah tamat kursus. Di antara kursus yang ditawarkan ialah Geology, Geophysics, Petroleum Engineering, Mechanical Engineering, Chemical Engineering dan Instrumentation Engineering.
.



.
Taklimat biasiswa BSP telah disampaikan oleh wakil dari Jabatan Perancangan dan Perkembangan Tenaga Kerja, Arianty Mustapha.
.
Beliau telah menyentuh kriteria pemilihan penerima biasiswa BSP iaitu mempunyai keputusan yang baik dalam matapelajaran Matematik, Fizik dan satu matapelajaran sains lain dalam peringkat "A" Level. Pelajar juga mesti berjaya dalam penilaian sari pihak BSP, mencapai prestasi memuaskan semasa penempatan kerja di BSP/BLNG, lulus pemeriksaan kesihatan, lulus ujian lisan Bahasa Melayu Kementerian Pendidikan, lulus Pemeriksaan Sekuriti Kerajaan dan bersedia untuk berkhidmat di BSP.
.

.
Para pelajar dan guru pengawas juga berkesempatan bergambar ramai bersama salah seorang penerima biasiswa BSP iaitu bekas pelajar SUAMP RIPAD lepasan 2006M, Dyg Nurul Ain binti Haji Abu Bakar. Dengan adanya lawatan seperti ini dapat menyuntik semangat kepada para pelajar untuk lebih berusaha bagi mencapai keputusan yang lebih baik dalam peperiksaan mereka yang akan datang.

Tiada ulasan: