Pertandingan Futsal Sekolah-Sekolah Menengah / Maktab Senegara Zon 1
Anjuran Jabatan Pendidikan Ko-Kurikulum
Tuan Rumah : Sekolah Menengah SMJA
25hb Mei 2009M - Isnin
Peringkat Saringan
.Buat julung-julung kalinya, SMALHB telah dijemput menyertai Pertandingan Futsal bertempat di padang futsal, SMJA bertanding bersama-sama sekolah-sekolah / maktab kawasan zon 1. Seramai 10 orang pemain SMALHB terdiri dari pelajar-pelajar lelaki Tingkatan 6 Bawah dengan seorang jurulatih membuat persiapan selama lebih kurang seminggu dari segi ketahanan fizikal dan teknik bagi kategori C (iaitu berumur 16-18 tahun).
.
..
SMALHB pada hari pertama telah bertemu dengan Sekolah Menengah Chung Hwa dengan menang berkesudahan 4-2. Kamal Ariffin menjaringkan gol pertama dan keduanya di masa pertama. Manakala di masa kedua, dia mencipta hatrik. Gol keempat dijaringkan oleh Ak. Md Nurhafizan.
.
..
Perlawanan seterusnya mempertemukan SMALHB dengan Sekolah St. Andrews. Kapten pasukan SMALHB, Amil Zayyan berjaya mencipta hatrik dengan satu jaringan menembusi gawang lawan di masa yang pertama dan dua jaringan di masa kedua. Dua gol lagi telah berjaya dijaringkan oleh Ak. Md Nurhafizan dan Ak. Md Hafizul Hanif di masa kedua. Keputusan di akhir perlawanan adalah 5-0. Dengan kejayaan di hari pertama ini, pasukan SMALHB berjaya melayakkan diri ke separuh akhir pada keesokan harinya di tempat yang sama.
.
.
Pertandingan Futsal Sekolah-Sekolah Menengah / Maktab Senegara Zon 1
Anjuran Jabatan Pendidikan Ko-Kurikulum
Tuan Rumah : Sekolah Menengah SMJA
26hb Mei 2009M - Selasa
Peringkat Separuh Akhir
.
Anjuran Jabatan Pendidikan Ko-Kurikulum
Tuan Rumah : Sekolah Menengah SMJA
26hb Mei 2009M - Selasa
Peringkat Separuh Akhir
.
Pada peringkat separuh akhir, SMALHB dipertemukan dengan Sekolah Sukan. Sekolah Sukan yang dikenali dengan teknik permainan yang progresif dan lincah menguasai padang sepanjang perlawanan.
.
.
.
Pertandingan berakhir dengan Sekolah Sukan menang ke atas SMALHB dengan jaringan 8-0 sekaligus menjadikan kedudukan SMALHB berada di tempat keempat secara keseluruhan. Juara Futsal Kategori C disandang oleh Sekolah Sukan.
.
..
Tahniah diucapkan kepada pemain-pemain SMALHB yang menunjukkan kesungguhan dan komitmen jitu walaupun berada di musim peperiksaan. Semoga pertandingan-pertandingan seperti ini akan terus diadakan supaya SMALHB terus menimba pengalaman dengan penyertaannya bersama sekolah-sekolah menengah di bawah Kementerian Pendidikan yang lain.