Khamis, Februari 26, 2009

Majlis Pembukaan Dikir Syarafil Anam Sempena Maulidur Rasul

25hb Februari 2009M / 1 RabiulAwal 1430H
Masjid Omar 'Ali Saifuddien
.
Bermula pada 25hb Februari lalu, Majlis Pembukaan Dikir Syarafil Anam sempena sambutan memperingati kelahiran junjungan besar kita Muhammad SAW telah diadakan di masjid-masjid utama dan tumpuan pada malam tersebut ialah di Masjid Omar 'Ali Saifuddien di ibu negara yang bersiaran secara langsung.
.
.
Tetamu Kehormat pada malam tersebut ialah Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Awang Haji Othman, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama.
.
SMALHB adalah antara peserta dikir pada malam pertama tersebut yang dijemput dengan membawakan Dikir Ashraqal bersama-sama peserta-peserta dikir dari Institut Tahfiz Al-Quran
.






Sebelum majlis bersurai dan menikmati jamuan, Timbalan Menteri bersalam-salaman dan berkenalan dengan peserta-peserta dikir dari pelbagai pasukan termasuk peserta dari SMALHB.
.


Tiada ulasan: