Seramai 121 orang pelajar-pelajar baru Tingkatan 6 Bawah mendaftar ke SMALHB secara rasmi pada pagi tadi. Para ibu bapa bersama anak-anak mereka yang akan menyambung pengajian mereka di Pra U selama lebih kurang 2 tahun ini sedari awal pagi lagi telah membanjiri perkarangan sekolah. Para ibu bapa dijemput naik ke dewan sebelum upacara perasmian bermula. Sementara pelajar-pelajar baru dibawa ke kelas masing-masing sebelum sama-sama beredar ke dewan besar sekolah.

Pemangku Pengetua, Ustazah Hajah Asmah binti Haji Randah tiba ke dewan besar SMALHB dan seterusnya majlis segera dimulakan.
Sebagai pembuka majlis, Bacaan Al Quran Al Karim dialunkan secara tilawah oleh Ahmad Khurshid Fahmi bin Haji Abdul Kader dan tafsirannya oleh Mohd Abdul Salam bin Haji Jahari, pelajar Tingkatan 6 Atas.
.

Majlis diteruskan dengan nyanyian Lagu Kebangsaan dan Lagu Rasmi Sekolah beramai-ramai. Lagu rasmi sekolah adalah hasil ciptaan melodi Ustaz Haji Armawi bin Haji Abdul Rahman dan liriknya nukilan Allahyarham Ustaz Haji Abdul Samad Bin Hj Juneid.
.
Bacaan Ikrar Sekolah dilaungkan diketuai oleh Yang DiPertua Penuntut bersama-sama beberapa AJK penuntut 2008M.




Kelihatan Mohd Al-Faezan melontarkan sajak Bahasa Arab dengan berkesan selaras jalan cerita yang dilakonkan oleh rakan-rakan yang lain.

Kecekalan anak seorang peladang yang akhirnya berjaya menjadi seorang doktor Islam diterjemahkan dalam puisidra ini oleh NurAmirah.
Pemangku Pengetua bersama beberapa jemputan yang hadir termasuklah Ustazah Hajah Norjainah binti Haji Buntar dari Jabatan Pengajian Islam. 
Antara guru-guru yang membantu para ibu bapa / penjaga di kawasan tempat letak kereta di kawasan sekolah bagi mengurangkan kesesakan.
Selepas berakhir majlis perasmian sekitar jam 930 pagi, para pelajar baru masuk ke kelas masing-masing untuk acara seterusnya bersama guru-guru kelas termasuklah pembayaran yuran sekolah, pembahagian buku-buku latihan/kerja, fail-fail dan sebagainya serta taklimat dan penerangan dari guru kelas yang telah diberi mandat.
Antara gelagat pelajar dalam kelas baru mereka yang sempat dirakam..
Manakala pada sesi petang berlangsung sesi taklimat dari Guru Kanan Pentadbiran, Guru Kanan Hal Ehwal Pelajar dan Guru Kanan Disiplin. Ustaz Ak Haji Asmady bin Pg. Haji Aliuddin bertindak sebagai pemudahcara sepanjang taklimat berlangsung.









Tiada ulasan:
Catat Ulasan