Khamis, Februari 12, 2009

Lawatan Dari Perwakilan Kolej Universiti Insaniah (KUIN), Kedah Darul Aman

7hb Februari 2009M
Sabtu

SMALHB pada pagi sabtu yang lalu bertuah kerana dikunjungi oleh seorang perwakilan dari Kolej Universiti Insaniah (KUIN), Kedah Darul Aman. Puan Norazlina binti Zakaria, Dekan Hal Ehwal Pelajar di Universiti Islam yang bertaraf antarabangsa itu diiiringi oleh rombongan dari pihak UNISSA.
.
Adapun antara tujuan lawatan ialah selain dari hubungan dua hala, pihak dari KUIN jua membuat promosi jurusan-jurusan yang ditawarkan dari KUIN untuk pelajar-pelajar lepasan STPUB atau pegawai-pegawai yang berminat meneruskan pengajian mereka di peringkat yang tinggi seperti Sarjana Muda, Master ataupun PhD dalam pelbagai bidang di dalam Bahasa Arab dan Inggeris. Manakala tenaga pengajar kebanyakannya adalah lulusan Universiti Al-Azhar.
.

Pada pagi itu juga, perwakilan KUIN sempat menayangkan klip yang memaparkan bangunan KUIN baru yang akan siap menjelang 2 tahun lagi berkonsepkan moden Islam cemerlang. Bangunan baru yang seperti bentuk seorang Insan dari pemandangan udara sejajar dengan matlamat KUIN melahirkan khalifah di muka bumi yang akan memancarkan syiar Islam ke pelusuk dunia mengikut arus kemodenan dan global.



Pemangku Pengetua dan Perwakilan dari KUIN bertukar-tukar cenderahati sebagai tanda kenangan.
.


Di kesempatan itu juga, Puan Norazlina sempat menandatangani buku lawatan SMALHB sebelum majlis lawatan bersurai.
.

Untuk keterangan yang lebih lanjut bagi mereka yang berminat, bolehlah melayari laman web KUIN iaitu http://www.kuin.edu.my/ atau email ke alamat admin@kuin.edu.my


Tiada ulasan: