Khamis, Mac 05, 2009

Dikir Syarafil Anam Sempena Maulidur Rasul

3hb Mac 2009
Selasa
Surau SMALHB


Menjadi tradisi apabila menjelang Sambutan Maulidur Rasul, semua masjid, balai-balai ibadat dan surau menyemarakkan sambutan kelahiran junjungan kita tercinta dengan aktiviti-aktiviti keagamaan. SMALHB tidak ketinggalan mengadakan aktiviti Dikir Syarafil Anam yang menggabungkan pelajar-pelajar Tingkatan 6 Bawah dan Atas di surau SMALHB.

.

.
Majlis dimulakan dengan sembahyang Maghrib berjemaah dan seterusnya Dikir Syarafil Anam. Turut hadir pada malam itu beberapa orang pegawai dan guru SMALHB.
.
.
.
.
.
.
.
.
Doa dikir dibacakan oleh Awang Mohd Zulwaqar bin Suhaili, pelajar Tingkatan 6 Bawah dan doa selamat oleh Ustaz Abd Rahman Mahmuda.
.
.
.
Selepas menunaikan sembahyang Fardhu Isyak berjemaah, semua hadirin dijemput ke dewan makan untuk menikmati jamuan malam.
.
.

4hb Mac 2009
Rabu
Dikir Syarafil Anam di Surau Berakas Garrison, ABDB.
.
.
Sementara itu, keesokan malamnya, SMALHB dijemput ke surau Berakas Garrison, ABDB bagi majlis yang sama. Kumpulan SMALHB dialu-alukan oleh Pegawai Takmir Surau tersebut dengan membawa dikir " BISHAHRIN " pada malam tersebut.
.
.
.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

asalam,,,bgus ne klau ntuk org asrama bjalan2 pkai bas mlm2 buat kbajikan,asal ada mknan ja,,wakakakaka,,,