Bendera Jubli Perak
dihasilkan : 20hb Februari - 21hb Februari
.Demi menyemarakkan lagi sambutan Jubli Perak Hari Kebangsaan Brunei Darussalam, pelajar-pelajar Tingkatan 6 Bawah mencipta inovasi berupa bendera gergasi jubli perak bagi sama-sama memeriahkan semangat patriotik bernegara. Bendera yang diperbuat dari 600 keping cakera padat (CD) terpakai ini difahamkan adalah bendera kreatif yang terpanjang yang pernah dibuat di mana-mana sekolah di negara ini iaitu sepanjang 20 kaki.
.


.
Bendera jubli perak ini mengambil masa kira-kira 2 hari untuk disiapkan dan dipasang di hadapan pagar sekolah berhadapan dengan jalan utama yang menuju ke Istana Nurul Iman
.


Sementara itu, satu sepanduk bertemakan " Kedewasaan Bernegara " juga dibuat oleh para pelajar dan dipasang bersebelahan dengan bendera jubli perak.
.







Pada pagi Hari Ahad, 22hb Februari 2009M, beberapa krew RTB telah membuat rakaman dan liputan serta menemuramah beberapa orang pegawai pelajaran yang bertugas di SMALHB berkenaan dengan hasil kreatif ini.
.
Guru Kanan Hal Ehwal Pelajar juga sempat ditemuramah oleh pihak RTB dan menjelaskan idea penghasilan bendera gergasi ini. .

2 ulasan:
Alf Mabruk to SMALHB~
double THUMBS UP to the teachers and the students =D
keep up the excellent work =D
1 inovasi yg meninggalkn kesan kpada sluruh yg bertungkus-lumus mjayakan projek mega ani...tahniah kpd yg terlibat!!
Catat Ulasan