Selasa, Februari 24, 2009

Sekitar Suasana Jubli Perak Hari Kebangsaan

23HB Februari 2009M
Isnin
.

.
Kedewasaan Bernegara merupakan tema bagi sambutan Jubli Perak Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam pada tahun ini. Upacara gilang-gemilang yang berlangsung di Stadium Negara Hassanal Bolkiah itu membawa tema Kedewasaan Bernegara yang berjaya dimanifestasikan dalam bentuk persembahan padang. .

SMALHB adalah antara pasukan yang turut menyertai perbarisan lalu dan diwakili oleh lebih dari 150 orang yang terdiri dari pegawai-pegawai pelajaran dan para pelajar.
.


Berangkat bercemar duli ke upacara gilang-gemilang ini ialah KDYMM dan Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam beserta kerabat-kerabat DiRaja, pembesar-pembesar negeri, jemputan-jemputan khas dan rakyat jelata.
.


Sejurus tiba, KDYMM memeriksa kawalan perbarisan Angkatan Bersenjata DiRaja Brunei dan Polis DiRaja Brunei.



Para kerabat DiRaja termasuk Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Mahkota dan Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Isteri hadir bercemar duli ke majlis bersejarah ini.
.


Manakala di luar kawasan perkarangan stadium utama ini, para pasukan mengambil tempat dan bersedia di tempat-tempat yang telah aturkan. SMALHB tidak ketinggalan memeriahkan sambutan kali ini dengan persediaan rapi lebih kurang 2 minggu.
.
Antara gelagat para pelajar sebelum upacara bermula
.

Para pegawai SMALHB juga sama-sama turun padang
.






Guru-guru pengawas yang banyak membantu sepanjang majlis pada hari tersebut
.

Bagi memberkati majlis, Doa ditadahkan memohon keberkatan agar semua berjalan lancar.
.



Pihak Media tidak ketinggalan menemuramah 3 wakil dari SMALHB berkenaan dengan Patriotisme..Syabas diucapkan!!
.



Acara perbarisan lalu oleh para pasukan bermula sekitar jam 9 pagi. walaupun cuaca agak panas namun kerjasama dari semua pihak adalah memberangsangkan.
.


Pasukan SMALHB yang memegang sepanduk bernombor 42 mula menghampiri memasuki kawasan stadium
.

Semangat patriotik bernegara jelas ditunjukkan oleh pasukan SMALHB dengan barisan yang kemas dan teratur semasa masuk ke dalam stadium sehingga tabik hormat kepada KDYMM.
.

Turut tercatat dalam lipatan sejarah Jubli Perak Hari Kebangsaan tahun ini ialah apabila Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Isteri Anak Sarah menjadi salah seorang peserta acara perbarisan lalu di mana DYTM Pengiran Isteri adalah antara ahli kadet askar pengambilan pertama yang ditubuhkan oleh UBD
.



Kira-kira 25,000 peserta mengambil bahagian dalam Upacara Perhimpunan Agung Jubli Perak Sambutan Hari Kebangsaan dengan kebanyakan peserta sudah hadir dari awal pagi untuk sama-sama memeriahkan sambutan penuh gilang-gemilang itu.
.





Antara aksi Tunas Bangsa yang hadir
.

Orang ramai berbilang bangsa kagum dengan patriotisme jati Brunei yang masih utuh dalam diri rakyat Brunei
.

Etnik yang beraneka gaya mencorakkan lagi kepelbagaian warna hidup orang Brunei yang kaya dengan adat tradisi yang masih terpelihara
.


Antara para pelajar setelah selesai membuat perbarisan. Walaupun dalam keadaan panas terik namun mereka tetap menunjukkan semangat cintakan negara
.

Pelepasan beribu-ribu belon ke udara adalah acara kemuncak Hari Kebangsaan pada pagi tersebut.
.



Manakala SMALHB pada keesokan harinya telah mengadakan upacara menaikkan bendera negara di kawasan berhadapan dengan blok Tingkatan 6 Atas. Setelah menyanyikan lagu kebangsaan, acara di dalam dewan seperti bacaan Al-Quran, doa dan khutbah Bahasa Arab serta Inggeris berjalan.
.




SELAMAT MENYAMBUT JUBLI PERAK HARI KEBANGSAAN kepada semua penduduk Negara Brunei Darussalam - dari warga SMALHB

Tiada ulasan: