Isnin, Mac 09, 2009

Sekitar Kemeriahan Sambutan Maulidur Rasul SAW

9hb Mac 2009M/12 Rabiul Awal 1430H
Padang Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien
.
Mengangkat tema " Kedewasaan Bernegara Dengan Zikir " pada sambutan kali ini adalah bertepatan dengan hasrat kerajaan KDYMM untuk menjadikan bumi Brunei sebagai negara yang matang dan berjaya dengan berlandaskan Islam sebagai panduan.
.
.
Sejak awal pagi lagi, rakyat jelata telah membanjiri kawasan ibu negara bagi sama-sama memeriahkan sambutan secara besar-besaran ini.
.
.
SMALHB turut turun padang memeriahkan acara kebesaran Islam ini dengan menghantar 2 pasukan lelaki iaitu, Pasukan Hadrah dan Pasukan Perarakan.
.

.
.
.
Kehadiran Baginda dan kerabat-kerabat DiRaja disambut dengan paluan hadrah persembahan pelajar-pelajar SMALHB, Sekolah Menengah Mentiri dan Sekolah Menengah Awang Semaun.
.
.
.
Keberangkatan Baginda Sultan ke majlis ini menyemarakkan lagi suasana sambutan sekali gus sebagai pendorong kepada semangat peserta yang mengambil bahagian agar lebih bersatu padu dan terus meningkatkan iltizam bagi mengamalkan ajaran Islam yang murni.
.
.
.
Sebelum memulakan acara berjalan sejauh 4.4 kilometer itu, Baginda berkenan menerima junjung ziarah daripada ketua-ketua pasukan yang mengambil bahagian. Kira-kira 20,000 orang peserta perarakan dari 150 buah pasukan menyertai sambutan berkenaan. Persembahan Dikir Marhaban oleh Pasukan Kementerian Perhubungan dan dimeriahkan dengan 21 das tembakan meriam penyeri sambutan.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Pasukan SMALHB memegang nombor 38 dalam acara perarakan.
.
.
.
.
.















Tiada ulasan: