Sabtu, Mac 07, 2009

Pesta Buku 2009

Pesta Buku 2009
Stadium Tertutup Kompleks Sukan Hassanal Bolkiah
Tarikh Lawatan : 5hb dan 7hb Februari 2009M

.
Lebih 64,000 orang yang terdiri dari pelajar-pelajar dan penggemar-penggemar buku mengunjungi Pesta Buku Brunei 2009 yang diadakan di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Hassanal Bolkiah di Berakas yang dibukakan selama sepuluh hari bermula dari 27 Februari lalu sempena sambutan Jubli Perak Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam.
.
Pesta ini bertujuan mempromosi dan menanam tabiat minat membaca di kalangan orang ramai terutama golongan muda serta memberikan peluang kepada peserta pesta untuk meningkatkan kerjasama perdagangan, membina rangkaian dan meningkatkan perusahaan penerbitan buku tempatan.
.

.
SMALHB juga tidak ketinggalan menghadiri pesta buku 2009 ini pada 5hb dan 7hb Februari lalu. Tema pesta buku kali ini adalah "Buku Untuk Masa Depan" demi melahirkan ilmuan dan tokoh yang cerdik pandai. Pesta buku yang dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka itu disertai lebih 50 syarikat dari dalam dan luar negara termasuk Singapura, Filipina dan Malaysia.
.
.
.
.
.
Al-Quran Digital adalah antara produk yang mendapat tempat di hati pengunjung dan pelajar SMALHB.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Tiada ulasan: