Isnin, Mac 16, 2009

SMALHB menempah 2 tiket ke Pertandingan Akhir Hadrah

Pertandingan Hadrah (Peringkat Saringan)
Antara Sekolah-Sekolah Menengah dan Maktab-Maktab Kali 27
Tempat : Sekolah Menengah PDSM Mentiri
16hb Mac 2009M
Isnin

.
2 Pasukan SMALHB terdiri dari pasukan hadrah lelaki dan perempuan berjaya menempah 2 tiket ke Pertandingan Hadrah Peringkat Akhir yang berlangsung baru-baru ini. Pada peringkat ini, pasukan lelaki SMALHB yang berentap dengan 16 buah sekolah / maktab yang lain membawakan lagu "Selawat" dengan pukulan Damong telah berjaya mara ke peringkat akhir bersama 3 buah sekolah lain.
.
.
Pengetua Sekolah Menengah PDSM, Mentiri yang merupakan sekolah tuan rumah ketika berucap di hari pertandingan.
.
.
Pasukan lelaki SMALHB bersama guru-guru pengawas.
.

.
.
.
.
.
Berdebar sebelum menantikan giliran membuat persembahan.
.
.
.
Wakil guru dari SMALHB dan SUAMP RIPAD.
.
.
Sementara itu, pasukan perempuan SMALHB juga berentap dengan 9 buah pasukan hadrah bagi kategori perempuan. Dengan membawakan lagu "Allahu Allah" beserta pukulan Paweh, pasukan perempuan sekolah juga berjaya mencuri perhatian hakim dengan mara ke pusingan akhir bersama-sama 3 buah pasukan yang lain.
.
.
.
Bergambar kenangan selepas membuat persembahan.
.
.
Kejayaan pada pagi tersebut adalah Double Happiness buat Birthday Boy yang juga ketua pasukan hadrah lelaki, Md Yunos bin Mohammad. Selamat Hari Jadi diucapkan...
.
.
Tahniah dan keep it up dari semua warga SMALHB untuk kedua-dua wakil pasukan hadrah kita....
.
.
Sekolah yang berjaya ke peringkat akhir :
Pasukan Lelaki
1- Sekolah Menengah Masin
2- Sekolah Menengah Sayyidina Abu Bakar
3- Maktab Sultan Omar 'Ali Saifuddin
4- Sekolah Menengah Arab Laki-Laki Hassanal Bolkiah
5- Sekolah Menengah PDSM Mentiri - Tuan Rumah
.
Pasukan Perempuan
1- SUAMP Raja Isteri Pengiran Anak Damit
2- Sekolah Menengah Menglait
3- Sekolah Menengah Arab Laki-Laki Hassanal Bolkiah
4- Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan
5- Sekolah Menengah PDSM Mentiri - Tuan Rumah

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mabruk 4 both pasukan hadrah laki2 n bini2 kitani..
yg ktua hadrah bfday boy, c bun...bah bla g lanja ? caya lah pukulan hadrahmu n d gang...excellent!!

Tanpa Nama berkata...

welldone SMALHB!

many-many thumbs up!!

always be the best!!

AlLahu Akbar!!

Marhaa Marhaa!!