Selasa, Mac 31, 2009

Lawatan Sambil Belajar Ke UBD

LAWATAN KE MAKMAL SAINS
FAKULTI SAINS, UBD
30hb MAC 2009
ISNIN
.
Sejurus saja penggal kedua persekolahan bermula, satu rombongan dari SMALHB yang terdiri daripada pelajar Tingkatan 6 Bawah Sains Ramadi telah membuat lawatan sambil belajar ke makmal Sains di Fakulti Sains UBD. Rombongan disambut oleh dekan, pensyarah, penyelia makmal dan juga para pelajar UBD sendiri.
.
Lawatan dimulakan dengan ucapan dari Dekan Fakulti Sains UBD, Dr. Chee Ming Lim, Pensyarah Jurusan Fizik. Beliau menyentuh mengenai sejarah dan perubahan-perubahan yang telah berlaku dalam sistem pembelajaran di Fakulti berkenaan. Beliau juga telah memberikan beberapa nasihat yang berguna kepada pelajar-pelajar supaya sentiasa peka dengan keadaan sekeliling dan menjadi pelajar yang pandai membuat analisis dengan apa sahaja yang mereka lihat disekeliling mereka.
.
Setelah sesi taklimat berakhir, rombongan dibawa melawat sekitar makmal Fizik. Associate Professor, Dr. Frank Nickols sedang memberikan sesi praktikal kepada pelajar Tahun 2 Jurusan Fizik.
.
.
.

.
Rombongan kemudian dibawa ke Makmal Biologi dan diberikan penerangan mengenai beberapa peralatan yang digunakan dalam makmal berkenaan. Rombongan juga telah dibawa untuk meninjau bagaimana pelajar Tahun 2 dalam kursus Biologi menjalankan sesi praktikal yang diketuai oleh pensyarah Dr. Kushan Tenakoon.
.


.
.
.
Rombongan juga berkesempatan untuk melihat lebih dekat lagi beberapa spesimen binatang, serangga dan hidupan yang boleh didapati di Negara Brunei Darussalam termasuklah beberapa spesies rama-rama yang sukar didapati tetapi membiak di negara ini. Helen Pang Yoke Kiew telah memberikan penerangan bagaimana semua spesimen itu telah diperolehi dan dipelihara.
.
.
.
Setelah itu, Rombongan dibawa ke makmal Kimia dan diberi penerangan oleh Dr Hj Ibrahim Bin Hj Abd Rahman, Dr. Lim Lee Hoon dan juga oleh beberapa pelajar Tahun 2 jurusan tersebut. Pelajar pada masa itu sedang mengkaji berapa banyak isi kandungan "Caffeine" yang terdapat dalam beberapa minuman yang sering diminum oleh penduduk negara ini.
.
.
Akhir sekali, rombongan dibawa kembali ke bilik taklimat untuk menikmati jamuan. Wakil rombongan SMALHB, Syaza' Ayuni Binti Haji Salleh memberikan ucapan Terima Kasih di atas sambutan baik pihak UBD. Cenderahati telah diserahkan kepada Dekan Fakulti Sains sebagai tanda penghargaan daripada pihak SMALHB.
.
.
.
Pihak SMALHB juga ingin memberikan penghargaan kepada Penyelia Makmal, Hj Mohd Jamil Bin Hj Abd Hamid dan Hj Abd Manap Bin Hj Murat, yang telah meluangkan masa sepanjang lawatan dibuat. Lawatan ini telah memberikan pengalaman yang berharga kepada rombongan dan memberikan motivasi untuk pelajar belajar lebih proaktif lagi sebagai persediaan mereka sebelum memasuki alam universiti kelak.

Isnin, Mac 30, 2009

Sumbangan Derma Daripada Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah

28hb Mac 2009
Hari Sabtu
.
Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB) telah menyerahkan sumbangan sebanyak $67,841 kepada beberapa penerima yang terdiri daripada mangsa kebakaran, orang-orang yang kurang berkemampuan, persatuan-persatuan, masjid-masjid dan balai-balai ibadat dari Daerah Brunei Muara, Tutong dan Belait.
.
Seramai 20 orang pelajar Sekolah Menengah Arab Laki-Laki Hassanal Bolkiah (SMALHB) yang kurang berkemampuan juga mendapat bantuan dari YSHHB dan hadir bagi mewakili Pemangku Pengetua untuk menerima sumbangan sebanyak $4000 ialah Ustaz Haji Saharuddin bin Hj Petra, Pemangku Timbalan Pengetua Akademik SMALHB.


Selasa, Mac 24, 2009

Pertandingan Nasyid & Dikir Syarafil Anam

Pertandingan Nasyid & Dikir Syarafil Anam
Sempena Maulidur Rasul
19hb Mac 2009M-Selasa
Dewan SMALHB
.
Hari terakhir penggal persekolahan pertama diserikan dengan Pertandingan Nasyid sempena memperingati kelahiran junjungan besar Muhammad SAW antara rumah-rumah sukan SMALHB bagi kategori pelajar-pelajar perempuan.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
Bagi kategori lelaki, Pertandingan Dikir Syarafil Anam juga menampilkan 4 buah rumah sukan kalaborasi pelajar-pelajar Tingkatan 6 Bawah. Masing-masing menampilkan persembahan yang baik sepanjang pertandingan berlangsung.
.
.
.
.
.
.
Seperti kelaziman penutup penggal persekolahan, Rattib Al-Attas dan doa dibacakan beramai-ramai dengan dipimpin oleh YDP penuntut, Setiausaha dan Pengerusi BADA sesi 2008/2009M untuk memelihara pengamalnya dari segala musibah dan bencana.
.
.
.
.
Bagi sesi kedua majlis, satu ceramah agama telah disampaikan oleh penceramah undangan dari Pusat Dakwah Islamiah, Yang Mulia Ustaz Haji Ismail bin Haji Arif.
.
.
Beliau juga berkesudian menyampaikan hadiah-hadiah kepada semua pemenang bagi Pertandingan Nasyid dan Dikir Syarafil Anam antara rumah-rumah sukan.
.
.
.
.
.
.
.
.
Sebagai penutup tirai majlis dan penutup penggal persekolahan petama, doa selamat dibacakan oleh Ustaz Zaghloul.
.
.
Senarai pemenang Pertandingan Nasyid antara Rumah-Rumah Sukan :
Johan - Rumah Kuning
Kedua - Rumah Merah
Ketiga - Rumah Biru
Keempat - Rumah Hijau
.
Senarai pemenang Pertandingan Dikir Syarafil Anam :
Johan - Rumah Biru
Kedua - Rumah Hijau
Ketiga - Rumah Kuning
Keempat - Rumah Merah

Sabtu, Mac 21, 2009

Cikgu Haji Awg Aji Haji Hamdan dianugerahkan PIKB

Penganugerahan Pingat-pingat Kehormatan
Negara Brunei Darussalam
Istana Nurul Iman
Khamis-19hb Mac 2009M
.
Di samping kejayaan SMALHB yang silih-berganti di dalam pertandingan-pertandingan yang diikuti pada tahun ini, SMALHB juga turut meraikan kejayaan salah seorang tenaga pengajarnya, Cikgu Haji Awg Aji bin Haji Hamdan yang dikurniakan Pingat Kehormatan Negara Brunei Darussalam iaitu Pingat Indah Kerja Baik (PIKB) pada Khamis, 19hb Mac 2009M yang lalu.
.

Pengurniaan Pingat-Pingat Kehormatan Negara Brunei Darussalam Sempena Hari Keputeraan KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-62 Tahun itu disempurnakan oleh DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah di Balai Singgahsana Indera Kenchana, Istana Nurul Iman.
.

Kelihatan Cikgu Haji Awang Aji tenang masuk mengadap ke majlis DYTM.
.
.
Seramai 650 orang hari ini dikurniakan Pingat Kehormatan Negara Brunei Darussalam iaitu 54 penerima Pingat Jasa Kebaktian (PJK), 367 penerima Pingat Indah Kerja Baik (PIKB) dan 229 penerima Pingat Kerja Lama (PKL).
.
Tahniah dari warga SMALHB kepada Cikgu Haji Awg Aji bin Haji Hamdan. Semoga cikgu akan terus menyumbangkan jasa bakti dan mencipta inovasi demi agama, bangsa dan negara serta SMALHB khususnya. Amin...

Pengiktirafan Tertubuhnya Kelab Tenaga Pertama dari JPM

Pengiktirafan Tertubuhnya Kelab Tenaga Pertama di sekolah-sekolah
Ketua Unit "Sustainable Energy"
Jabatan Perdana Menteri
.
SMALHB pada 17hb Mac 2009M telah mendapat pengiktirafan hadiah penghargaan dari Ketua Unit "Sustainable Energy", Jabatan Perdana Menteri di atas tertubuhnya Kelab Tenaga ; R.I.M.B.A (Reducing Inefficiency of Energy Manifest Better Atmosphere). Pelopor kepada kelab ini ialah Cikgu Saedah binti Haji Ismail dan Cikgu Nur-Al Asyikin binti Dr. Haji Abdullah.
.

. Merakamkan gambar kenang-kenangan bersama hadiah penghargaan

Objektif penubuhan kelab ini adalah berhasrat menanam sikap menjimatkan tenaga di kalangan pelajar-pelajar (yang merupakan akar-umbi masyarakat) dan sebagai Duta Unit Tenaga JPM untuk mempromosikan kempen menjimatkan tenaga di Negara Brunei Darussalam.

Syabas dan tahniah kepada kedua-dua cikgu di atas inisiatif yang efektif hingga berjaya diiktiraf oleh pihak kerajaan.

Khamis, Mac 19, 2009

Undangan Hadrah ke Majlis Perkumpulan Khas Wanita

Majlis Perkumpulan Khas Wanita ke 15
Sempena Maulidur Rasul SAW
Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.
18hb Mac 2009M
.


.
Perhimpunan agung Perkumpulan Khas Wanita ke 15 ini mengundang 30 orang pelajar perempuan SMALHB membuat persembahan hadrah. KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha dan DYTM Pengiran Isteri Azrinaz Mazhar berkenan berangkat ke Majlis Perhimpunan Khas Wanita sempena sambutan Maulidur Rasul SAW.
.

.
.
.
Majlis tahun ini menganugerahkan penganugerahan Bakti Hijrah Wanita 1430H kepada empat penerima yang didahului oleh Datin Hajah Masni Haji Mohd Ali, Pengiran Hajah Salmah Pengiran Haji Ismail, Pehin Datin Paduka Hajah Aminah Haji Mohd Yassin dan Datin Hajah Salmah Haji Mokti.
.
.
Setiap penerima menerima wang tunai $10,000 Brunei, sijil penghormatan, cenderamata iringan dan kemudahan perubatan percuma wad kelas satu di semua hospital kerajaan di negara ini.
.
.
.
.
Bergambar kenang-kenangan bersama guru pengawas.