Khamis, Jun 11, 2009

Seperti Satu Keluarga !!

Hari Silaturrahmi SUAMP RIPAD
Khamis
11 Jun 2009M
.
Hari Silaturahmi SUAMP RIPAD bersama Rangkaian Nur Islam, Radio Brunei ini dibukakan kepada orang ramai dari pagi hingga petang. Pelbagai pameran, persembahan dan bazaar memeriahkan lagi hari tersebut di samping acara-acara yang menarik yang diselenggarakan oleh pihak sekolah dengan penglibatan Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) SUAMPRIPAD. SMALHB tidak ketinggalan dijemput menghadiri hari terbuka ini pada sebelah petangnya sebagai tanda sokongan padu majlis amal ini.
.

.
Di hari itu juga, bekas-bekas pelajar SUAMP RIPAD yang menuntut di SMALHB dan Pusat Tingkatan Enam yang lain berkumpul bersama-sama seperti satu keluarga.
.

.
Antara bekas penuntut-penuntut SMALHB yang sekarang menuntut di Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia (UIA), Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Brunei (UNISSA) dan Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) hadir.
.







.
Pelajar SMALHB juga tidak ketinggalan menyumbangkan soalan di hari tersebut.
.



.
"Kesian...sampai tertidur menunggu pelanggan yang membeli jualan.."
.







Tiada ulasan: