Isnin, Jun 15, 2009

Majis Penghargaan & Pelancaran 2 Kelab

Majlis Mengenang Jasa Dan Penghargaan Serta Penutup Penggal Persekolahan
13hb Jun 2009M - Sabtu
Dewan SMALHB
.
SMALHB melalui Jabatan Ko-Kurikulum dan Hal Ehwal Pelajar mengungkayahkan satu majlis yang menggabungkan beberapa acara sebagai penutup penggal persekolahan yang akan bermula pada 14hb Jun 2009M.
.
.
Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh 4 orang penuntut ; Ak. Hafizul Hanif Pg Hata, Ahmad Zulwaqar bin Suhali, Abdul Qaiyum Haji Metussin dan Asdey Hazabullah Haji Md Zain.
.
.
.
.
.
.
Di majlis tersebut, Pemangku Pengetua juga tidak lupa mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sepanjang 6 bulan persekolahan di mana sekolah telah berjaya mencapai beberapa kejayaan di dalam pelbagai pertandingan yang dianjurkan oleh pihak luar. Beliau juga tidak lupa mengingatkan para penuntut untuk selalu mengulangkaji pembelajaran sewaktu cuti sekolah terutama kepada calon-calon yang akan menduduki Peperiksaan STPUB bermula awal Ogos depan.
.
.
Acara diserikan lagi dengan persembahan nasyid kalaborasi penuntut-penuntut perempuan tingkatan enam bawah.
.
.
.
Di kesempatan ini juga, Guru Kanan Ko-Kurikulum dalam ucapannya juga berharap SMALHB akan terus kekal sebagai sekolah cemerlang dari segi akademik dan juga ko-kurikulum di mata masyarakat dengan menjadikan disiplin sebagai landasan untuk berjaya.
.
.
SMALHB julung-julung kalinya melalui Jabatan Ko-Kurikulum berjaya menubuhkan 2 kelab pelajar sekaligus merasmikan logonya masing-masing oleh Pemangku Pengetua.
.
.
.
.
FUGEN akronim bagi Future Generation Club adalah berhasrat untuk melahirkan pelajar-pelajar yang berdaya saing, intelektual melalui program-program berbentuk ilmiah, perbincangan dan rohani. Pengerusi kelab ini ialah Ketua BADA, Mohd Amaluddin Haji Jamaluddin.
.
.
Manakala Kelab Syababul Quran mempunyai matlamat untuk melahirkan penuntut-penuntut yang dapat diketengahkan dari segi mutu pembacaan seni Al-Quran, Tarannum, Tausyeh, Dikir dan lain-lain lagi. Ahmad Zulwaqar bin Suhaili mengetuai kelab ini yang telah memiliki ahli seramai lebih kurang 50 orang.
.
.
Pada hari itu juga, pengumuman perlantikan AJK asrama lelaki dan perempuan serta surat lantikan jawatan telah disempurnakan oleh Pemangku Pengetua sendiri. Ahmad Zulwaqar bin Suhaili dan Auni Raqinah binti Haji Abd Rajak menjawat Rais dan Raisah (ketua asrama) bagi tahun 2009M.
.
.
.
.
.
.
.
Majlis juga tidak lupa meraikan seorang warga SMALHB, guru dan imam yang telah berkhidmat di Brunei selama 45 tahun yang telah menamatkan perkhidmatannya di SMALHB. Beliau adalah Yang Mulia Ustaz Haji Abd. Rahman bin Mahmuda berasal dari Singapura.
.
.
Acara kemuncak pagi tersebut adalah penghargaan kepada wakil-wakil SMALHB yang telah mengharumkan nama sekolah sepanjang 6 bulan ini seperti kumpulan hadrah SMALHB, kumpulan Tausyeh, kumpulan Bahas Melayu dan Inggeris, kumpuan Kelab Tenaga, wakil Syarahan dan tidak ketinggalan hadiah penghargaan kepada beberapa jurulatih yang telah membantu kejayaan SMALHB.
.
.
.
.
.
.
Sebagai kelaziman, sebelum beredar ke bilik jamuan, bacaan Rattib Al-Attas dipanjatkan sebagai usaha kita mudah-mudahan dijauhi dari segala bencana dan musibah serta mendapat perlindungan Allah SWT jua.
.
.

2 ulasan:

Takuyung Siruk berkata...

RALAT:
Ust Hj Abd.Rahman Mahmuda berasal dari Singapura,bukannya dari Malaysia

SMALHB berkata...

syukran 2 takuyung siruk...
taguran positif...kalau ada apa2 yg silap dr segi info..just let us know ah.. :)