Selasa, Jun 30, 2009

Memohon Perlindungan Dari Allah SWT

Majlis Membaca Yassin dan Rattib Al-Attas
Memohon Perlindungan, Keselamatan dan Pemeliharaan.
Pegawai-pegawai, guru-guru dan kakitangan-kakitangan SMALHB
Bilik Mesyuarat
29hb Jun 2009 - Isnin
.
Untuk mengisi aktiviti warga SMALHB di kalangan para pegawai, guru dan kakitangan semasa hari pertama cuti khas wabak influenza H1N1 ialah membaca Surah Yassin dan Rattib Al-Attas memohon perlindungan dari Allah SWT dari segala bencana, penyakit dan luputnya harta-benda.
.
.
.
.
.






Isnin, Jun 15, 2009

Majis Penghargaan & Pelancaran 2 Kelab

Majlis Mengenang Jasa Dan Penghargaan Serta Penutup Penggal Persekolahan
13hb Jun 2009M - Sabtu
Dewan SMALHB
.
SMALHB melalui Jabatan Ko-Kurikulum dan Hal Ehwal Pelajar mengungkayahkan satu majlis yang menggabungkan beberapa acara sebagai penutup penggal persekolahan yang akan bermula pada 14hb Jun 2009M.
.
.
Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh 4 orang penuntut ; Ak. Hafizul Hanif Pg Hata, Ahmad Zulwaqar bin Suhali, Abdul Qaiyum Haji Metussin dan Asdey Hazabullah Haji Md Zain.
.
.
.
.
.
.
Di majlis tersebut, Pemangku Pengetua juga tidak lupa mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sepanjang 6 bulan persekolahan di mana sekolah telah berjaya mencapai beberapa kejayaan di dalam pelbagai pertandingan yang dianjurkan oleh pihak luar. Beliau juga tidak lupa mengingatkan para penuntut untuk selalu mengulangkaji pembelajaran sewaktu cuti sekolah terutama kepada calon-calon yang akan menduduki Peperiksaan STPUB bermula awal Ogos depan.
.
.
Acara diserikan lagi dengan persembahan nasyid kalaborasi penuntut-penuntut perempuan tingkatan enam bawah.
.
.
.
Di kesempatan ini juga, Guru Kanan Ko-Kurikulum dalam ucapannya juga berharap SMALHB akan terus kekal sebagai sekolah cemerlang dari segi akademik dan juga ko-kurikulum di mata masyarakat dengan menjadikan disiplin sebagai landasan untuk berjaya.
.
.
SMALHB julung-julung kalinya melalui Jabatan Ko-Kurikulum berjaya menubuhkan 2 kelab pelajar sekaligus merasmikan logonya masing-masing oleh Pemangku Pengetua.
.
.
.
.
FUGEN akronim bagi Future Generation Club adalah berhasrat untuk melahirkan pelajar-pelajar yang berdaya saing, intelektual melalui program-program berbentuk ilmiah, perbincangan dan rohani. Pengerusi kelab ini ialah Ketua BADA, Mohd Amaluddin Haji Jamaluddin.
.
.
Manakala Kelab Syababul Quran mempunyai matlamat untuk melahirkan penuntut-penuntut yang dapat diketengahkan dari segi mutu pembacaan seni Al-Quran, Tarannum, Tausyeh, Dikir dan lain-lain lagi. Ahmad Zulwaqar bin Suhaili mengetuai kelab ini yang telah memiliki ahli seramai lebih kurang 50 orang.
.
.
Pada hari itu juga, pengumuman perlantikan AJK asrama lelaki dan perempuan serta surat lantikan jawatan telah disempurnakan oleh Pemangku Pengetua sendiri. Ahmad Zulwaqar bin Suhaili dan Auni Raqinah binti Haji Abd Rajak menjawat Rais dan Raisah (ketua asrama) bagi tahun 2009M.
.
.
.
.
.
.
.
Majlis juga tidak lupa meraikan seorang warga SMALHB, guru dan imam yang telah berkhidmat di Brunei selama 45 tahun yang telah menamatkan perkhidmatannya di SMALHB. Beliau adalah Yang Mulia Ustaz Haji Abd. Rahman bin Mahmuda berasal dari Singapura.
.
.
Acara kemuncak pagi tersebut adalah penghargaan kepada wakil-wakil SMALHB yang telah mengharumkan nama sekolah sepanjang 6 bulan ini seperti kumpulan hadrah SMALHB, kumpulan Tausyeh, kumpulan Bahas Melayu dan Inggeris, kumpuan Kelab Tenaga, wakil Syarahan dan tidak ketinggalan hadiah penghargaan kepada beberapa jurulatih yang telah membantu kejayaan SMALHB.
.
.
.
.
.
.
Sebagai kelaziman, sebelum beredar ke bilik jamuan, bacaan Rattib Al-Attas dipanjatkan sebagai usaha kita mudah-mudahan dijauhi dari segala bencana dan musibah serta mendapat perlindungan Allah SWT jua.
.
.

Khamis, Jun 11, 2009

Seperti Satu Keluarga !!

Hari Silaturrahmi SUAMP RIPAD
Khamis
11 Jun 2009M
.
Hari Silaturahmi SUAMP RIPAD bersama Rangkaian Nur Islam, Radio Brunei ini dibukakan kepada orang ramai dari pagi hingga petang. Pelbagai pameran, persembahan dan bazaar memeriahkan lagi hari tersebut di samping acara-acara yang menarik yang diselenggarakan oleh pihak sekolah dengan penglibatan Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) SUAMPRIPAD. SMALHB tidak ketinggalan dijemput menghadiri hari terbuka ini pada sebelah petangnya sebagai tanda sokongan padu majlis amal ini.
.

.
Di hari itu juga, bekas-bekas pelajar SUAMP RIPAD yang menuntut di SMALHB dan Pusat Tingkatan Enam yang lain berkumpul bersama-sama seperti satu keluarga.
.

.
Antara bekas penuntut-penuntut SMALHB yang sekarang menuntut di Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia (UIA), Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Brunei (UNISSA) dan Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) hadir.
.







.
Pelajar SMALHB juga tidak ketinggalan menyumbangkan soalan di hari tersebut.
.



.
"Kesian...sampai tertidur menunggu pelanggan yang membeli jualan.."
.







Riadhah di Bukit Shahbandar

Aktiviti Jabatan-Jabatan SMALHB
Bukit Shahbandar
11hb Jun 2009M
Khamis
.
Aktiviti yang berjalan di luar kawasan sekolah ini di samping bertujuan untuk merehatkan fikiran selepas menempuhi peperiksaan kelayakan STPUB dan peperiksaan pertengahan tahun, ianya jua sebagai satu riadhah dan untuk mengeratkan lagi silaturrahim antara warga SMALHB.
.
.
Acara pagi yang bertapak di Gelanggang Arena ini dimulakan dengan bacaan doa dan senam robik "Poco-Poco" diketuai oleh Mohd Yunos bin Awg. Mohammad.
.
.
" Semua warga SMALHB sporting habis dan enjoy dengan gerakan poco-poco "
.
.
Aktiviti diteruskan dengan acara menaiki bukit pertama dan balik semula ke Gelanggang Arena.
.
.






.
Antara aktiviti selepas menaiki bukit pertama adalah aktiviti Jabatan Bahasa Arab, Jabatan Syariah dan Jabatan Usuluddin yang dijalankan serentak.
.



.
" Waahh...senam robik poco-poco boleh mengurangkan berat badan... "
.
.
.
..
.
" Hari raya nanti jemput-jemputlah ke rumah yer... "
.
.
.
.
.
Sekitar jam 11 pagi, Jabatan Umum dan Al-Quran serta Amali mengambil-alih aktiviti dengan mengemukakan beberapa kuiz.
.
.
.
Sebelum acara bersurai dan kembali semula ke SMALHB, penyampaian hadiah kepada semua pelajar yang ikut serta dalam aktiviti-aktiviti berbentuk kuiz. Majlis berakhir kira-kira jam 12 tengahari.
.