Jumaat, Januari 23, 2009

SMALHB kebanjiran!!

21 Januari 2009M
Rabu

Sebagaimana banjir yang berlaku di banyak kawasan rendah di negara ini kesan dari turunan hujan yang luar biasa akibat fenomena La Nina, SMALHB juga menerima tempias yang sama. Hujan yang turun sepanjang malam 20 Januari yang lalu telah mengakibatkan Blok Pentadbiran, beberapa bilik pegawai dan guru, kawasan asrama lelaki dimasuki air dan tanah.
.
Pada sebelah pagi, para warga SMALHB termasuklah pembersih, kakitangan, guru-guru dan para pelajar sama-sama berganding tenaga membersihkan tempat-tempat yang dimasuki air.
.
.

Bilik guru perempuan I turut terjejas
.


Kawasan aras bawah asrama lelaki juga ditenggelami air dan tanah
.

Para guru, pelajar dan kakitangan SMALHB menghulurkan tenaga membantu antara satu dengan lain.
.




Membersihkan Dewan Makan pelajar-pelajar lelaki

.

Pejabat Am juga terjejas dan semua urusan pejabat tergendala pada hari tersebut


Tiada ulasan: