Khamis, Januari 29, 2009

Penjualan Kain Uniform, Logo Dan Tudong SMALHB

22 Januari - 28 Januari
Bilik Serbaguna, SMALHB
.
Selama lebih kurang seminggu dan berakhir pada 28hb. Januari yang lalu, pelajar-pelajar yang bakal masuk ke SMALHB pengambilan tahun 2009M bersama ibu bapa / penjaga masing-masing datang ke SMALHB untuk membeli kain uniform rasmi sekolah, logo dan tudong (bagi pelajar perempuan).
.
Guru-guru dan kakitangan SMALHB sama-sama membantu pihak pentadbiran selama seminggu penjualan ini berlangsung. Seramai 121 pelajar lulusan dari Ma'Had Islam Brunei dan SUAMP RIPAD akan mula masuk secara rasmi pada 3hb Februari 2009M ini.
.
.
Wajah keriangan terpancar dengan keazaman apabila berjaya masuk ke institusi Tingkatan Enam ini.
.

.
.

Tiada ulasan: