Selasa, Januari 13, 2009

Perginya Seorang Ilmuan Menghadap Illahi

.
Warga SMALHB khasnya dan Kementerian Hal Ehwal Ugama amnya dikejutkan dengan pemergian salah seorang tenaga pengajar yang senior di SMALHB pada pagi hari Ahad, 11 Januari 2009 yang lalu. Allahyarham Ustaz Haji Abd. Samad bin Haji Juneid menghembuskan nafas terakhir di Hospital RIPAS dan jenazah Allahyarham dibawa balik ke kediamannya di Kampung Batu Bersurat.
.
Hadirin yang datang ke kediaman Allahyarham termasuklah Timbalan Menteri Pendidikan, Timbalan SUT Kementerian Hal Ehwal Ugama, pengarah-pengarah, pensyarah-pensyarah, para guru, bekas-bekas anak murid Allahyarham dan sahabat-handai hadir untuk memberi penghormatan terakhir. Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan berhampiran Jame' Asr Hassanal Bolkiah.
.
.
Sementara itu, warga SMALHB juga mengadakan majlis membaca Yassin dan Tahlil dihadiahkan kepada Allahyarham pada keesokan harinya bertempat di dewan SMALHB.
.


.
Manakala pada sebelah malam, pelajar-pelajar SMALHB yang tinggal di asrama dan beberapa pegawai-pegawai SMALHB memakmurkan kediaman Allahyarham dengan bersembahyang Isyak berjemaah seterusnya membaca Surah Yassin dan Tahlil pada malam kedua dan ketiga.
.

.
TRIVIA ALLAHYARHAM :
.
- Berasal dari Republik Singapura dan menerokai ilmu di Madrasah Al-Junied Al-Islamiyyah di Singapura.
.
- Dianugerahkan Sijil Sarjana Muda Jurusan Usuluddin (Akidah dan Falsafah) di Universiti Al-Azhar Mesir pada tahun 1978.
.
- Berhijrah ke Brunei Darussalam pada tahun 1983 dan mula bertugas di SMALHB pada tahun 1984 hingga beliau menghembuskan nafas terakhirnya.
.
- Pernah mengajar matapelajaran Tauhid, Mantiq, Nahu Saraf, Hadith dan Amali Ugama sepanjang berbakti di SMALHB.
.
- Pernah menjadi guru pelatih peraduan-peraduan Akli berbentuk Pidato, Syarahan dan Bahas dan membantu SMALHB dan pelajar-pelajar yang dibimbing hingga mendapat tempat dalam setiap pertandingan.
.
- Memiliki ijazah Master dalam bidang pengkhususan beliau dan banyak membuat kajian.
.


Buku Allahyarham yang bertajuk "Perkembangan Pendidikan Islam Di Singapura-Satu Kes Kajian Madrasah Al-Junied Al-Islamiyyah 1970-1990"

.

Semoga Roh Allahyarham bersama-sama ditempatkan dengan Kekasih-Kekasih Allah..Amin

Jasamu akan tetap kami kenang hingga bila-bila....

Tiada ulasan: