Isnin, Januari 05, 2009

Permulaan Sesi Persekolahan Penggal Pertama 2009M

5 Januari 2009M

Isnin

Seluruh pelajar-pelajar Tingkatan 6 Atas SMALHB memulakan sesi persekolahan penggal pertama bermula pada 5 Januari 2009M bersamaan dengan 8 Muharram 1430H. Suasana kemeriahan di tiap-tiap kelas mula terasa apabila para pelajar bertemu dan bersapa dengan rakan-rakan mereka setelah bercuti lebih kurang sebulan lamanya. Dengan azam dan tekad yang baru, pelajar-pelajar ini akan menempuh pembelajaran lebih kurang 7 bulan sebelum peperiksaan STPUB bermula pada sekitar bulan Ogos nanti.
.
Jadual pembelajaran bagi tahun baru
.
.
Sebagai kelaziman, satu majlis sempena pembukaan penggal persekolahan berlangsung di dewan sekolah. Timbalan Pengetua Pentadbiran, Ustazah Hajah Hamidah binti Haji Abd. Rahman selaku wakil Pemangku Pengetua ketika memberi ucapan selamat kembali ke alam persekolahan.
.
.
Timbalan Pengetua ketika berucap menegaskan pentingnya ilmu dan menasihatkan para pelajar agar sentiasa berusaha tanpa jemu-jemu dan tanpa berasa rendah diri dengan pencapaian orang lain malahan menjadikan itu semua sebagai suntikan semangat. Beliau juga memberikan kata-kata motivasi kepada pelajar-pelajar yang akan menduduki Peperiksaan STPUB pada tahun ini dan menyarankan untuk mengulang-kaji sedari awal lagi.
.

.
Majlis diselajurkan dengan bacaan Surah Yassin dan Tahlil dengan disusuli bacaan Ratib Al-Attas serta doa sekolah dipimpin oleh AJK pelajar-pelajar SMALHB.
.

.
Sebelum majlis bersurai, acara bersalam-salaman para pelajar bersama para guru mengambil tempat diiringi dengan laungan Asmaul-Husna.
.

Setelah majlis selesai diadakan, pembelajaran setiap kelas pun dimulakan mengikut jadual yang telah diedarkan. Penuntut begitu bersemangat memulakan kelas setelah bercuti dan menumpukan perhatian dalam pembelajaran mereka.
.


Tiada ulasan: