Sabtu, Januari 31, 2009

Persiapan Rapi Sebelum Kemasukan Pelajar Tingkatan 6 Bawah Sesi 2009M/1430H

30hb Januari - 31hb Januari 2009M

Beberapa hari sebelum Minggu Ta'aruf dan Silaturrahim bagi menyambut kemasukan pelajar baru tingkatan 6 Bawah sesi 2009M/1430H, beberapa persiapan telah dilakukan bagi memastikan kelancaran minggu suai kenal nanti.
.

Dari penyusunan buku-buku Teks hingga dalam kelas-kelas bakal pelajar-pelajar baru, kebersihan luar dalam sekolah hingga asrama, semuanya mendapat sokongan padu dari warga SMALHB. Sifat inilah yang patut disemai apatah lagi sebagai Muslim yang bercalakkan melayu. Syabas diucapkan kepada semua!

.
"Bisai-bisai ah menyimpan Quran ani.."
.

.
"Sambil menyapu ani banarnya kitani tarus exercise bah.."
.
.
YDP penuntut siap bersihkan kipas lah...bertuah nyerr pelajar baru nanti..
.
.
.
"Cat cat jua...kalau ada kamera jangan lupa posing...masuk attendance ni..hehe.."
.
"Kita minum dulu...!!!" Kami Syariah Abyadh andang sehati sejiwa turun hari Jumaat mengusai.."
.
Guru-guru dan kakitangan memberikan kerjasama dalam persiapan terakhir sebelum majlis Minggu Suai Kenal yang akan bermula pada 3hb Februari 2009 nanti.
.
"Agak-agaknya..apa yang dibuat oleh guru ani ?"
.
"Berat sama dipikul..ringan sama dijinjing.."
.
.
.
"Waahh..Buluh import dari Lamunin!! Syukran kepada penyumbang.."
.
.

Surau sekolah juga mendapat sentuhan baru dari segi dekorasi.
.
Penyusunan buku-buku latihan sebelum diagihkan kepada pelajar-pelajar baru.
.
.
Kain rentang sebagai promosi dan iklan kepada orang awam dipasang di depan pintu masuk utama SMALHB bermula pada 30hb Januari lalu.



Khamis, Januari 29, 2009

Penjualan Kain Uniform, Logo Dan Tudong SMALHB

22 Januari - 28 Januari
Bilik Serbaguna, SMALHB
.
Selama lebih kurang seminggu dan berakhir pada 28hb. Januari yang lalu, pelajar-pelajar yang bakal masuk ke SMALHB pengambilan tahun 2009M bersama ibu bapa / penjaga masing-masing datang ke SMALHB untuk membeli kain uniform rasmi sekolah, logo dan tudong (bagi pelajar perempuan).
.
Guru-guru dan kakitangan SMALHB sama-sama membantu pihak pentadbiran selama seminggu penjualan ini berlangsung. Seramai 121 pelajar lulusan dari Ma'Had Islam Brunei dan SUAMP RIPAD akan mula masuk secara rasmi pada 3hb Februari 2009M ini.
.
.
Wajah keriangan terpancar dengan keazaman apabila berjaya masuk ke institusi Tingkatan Enam ini.
.

.
.

Sabtu, Januari 24, 2009

Penubuhan Kelab Bahasa Arab

21 Januari 2009
Rabu
.
Selaras dengan nama Sekolah Menengah Arab, Jabatan Bahasa Arab SMALHB menubuhkan Kelab Bahasa Arab (Nadi Al-Lughatul Arabiyyah) dengan melantik 12 orang pelajar Tingkatan 6 Atas.
.
Antara tujuan penubuhan itu ialah membantu guru-guru matapelajaran Bahasa Arab sebagai wadah atau duta kecil dalam memberi maklumat, membantu dan merangsang rakan-rakan yang lain berkomunikasi perbualan harian dalam Bahasa Arab.
.

Ustaz Ak. Haji Asmady ketika memberi taklimat ringkas kepada ahli-ahli NLA (Nadi Al-Lughatul Arabiyyah).




.
Kedua belas ahli tersebut ialah :

1-AHMAD KHURSHID FAHMI BIN HAJI KADIR
2-MOHD NAZERUL WAFIQ BIN HJ MOHD HUSSIN

3-ZAHIRUDDIN BIN ZAINIE
4-MOHD ADHAM BIN HASHIM
5-HJH SITI NURUL HAZWANI BINTI HJ MOHD YUSSOF
6-DYG. MUNIRAH BTE AWANG MAHALI
7-NORATIKAH BTE IBRAHIM
8-SURYANEY BTE MD ZIN @ MD ZAIN
9-NURHAFIZAH BTE HAJI ISMADI
10-NORAIN BTE HJ AWANG OTHMAN
11-NURUL MUNIRAH AWANG JUMAT
12-HAFIZAH BINTI YAHYA

.
Manakala ahli-ahli NLA yang terdiri dari Tingkatan 6 Bawah akan dinilai melalui beberapa fasa setelah kemasukan mereka pada Februari depan. Tahniah kepada ahli-ahli NLA dan semoga Bahasa Arab akan lebih berkembang dengan penglibatan pelajar-pelajar untuk menghidupkan lagi Bahasa Al-Qur'an ini. Amin...

Jumaat, Januari 23, 2009

SMALHB kebanjiran!!

21 Januari 2009M
Rabu

Sebagaimana banjir yang berlaku di banyak kawasan rendah di negara ini kesan dari turunan hujan yang luar biasa akibat fenomena La Nina, SMALHB juga menerima tempias yang sama. Hujan yang turun sepanjang malam 20 Januari yang lalu telah mengakibatkan Blok Pentadbiran, beberapa bilik pegawai dan guru, kawasan asrama lelaki dimasuki air dan tanah.
.
Pada sebelah pagi, para warga SMALHB termasuklah pembersih, kakitangan, guru-guru dan para pelajar sama-sama berganding tenaga membersihkan tempat-tempat yang dimasuki air.
.
.

Bilik guru perempuan I turut terjejas
.


Kawasan aras bawah asrama lelaki juga ditenggelami air dan tanah
.

Para guru, pelajar dan kakitangan SMALHB menghulurkan tenaga membantu antara satu dengan lain.
.




Membersihkan Dewan Makan pelajar-pelajar lelaki

.

Pejabat Am juga terjejas dan semua urusan pejabat tergendala pada hari tersebut


Selasa, Januari 13, 2009

Perginya Seorang Ilmuan Menghadap Illahi

.
Warga SMALHB khasnya dan Kementerian Hal Ehwal Ugama amnya dikejutkan dengan pemergian salah seorang tenaga pengajar yang senior di SMALHB pada pagi hari Ahad, 11 Januari 2009 yang lalu. Allahyarham Ustaz Haji Abd. Samad bin Haji Juneid menghembuskan nafas terakhir di Hospital RIPAS dan jenazah Allahyarham dibawa balik ke kediamannya di Kampung Batu Bersurat.
.
Hadirin yang datang ke kediaman Allahyarham termasuklah Timbalan Menteri Pendidikan, Timbalan SUT Kementerian Hal Ehwal Ugama, pengarah-pengarah, pensyarah-pensyarah, para guru, bekas-bekas anak murid Allahyarham dan sahabat-handai hadir untuk memberi penghormatan terakhir. Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan berhampiran Jame' Asr Hassanal Bolkiah.
.
.
Sementara itu, warga SMALHB juga mengadakan majlis membaca Yassin dan Tahlil dihadiahkan kepada Allahyarham pada keesokan harinya bertempat di dewan SMALHB.
.


.
Manakala pada sebelah malam, pelajar-pelajar SMALHB yang tinggal di asrama dan beberapa pegawai-pegawai SMALHB memakmurkan kediaman Allahyarham dengan bersembahyang Isyak berjemaah seterusnya membaca Surah Yassin dan Tahlil pada malam kedua dan ketiga.
.

.
TRIVIA ALLAHYARHAM :
.
- Berasal dari Republik Singapura dan menerokai ilmu di Madrasah Al-Junied Al-Islamiyyah di Singapura.
.
- Dianugerahkan Sijil Sarjana Muda Jurusan Usuluddin (Akidah dan Falsafah) di Universiti Al-Azhar Mesir pada tahun 1978.
.
- Berhijrah ke Brunei Darussalam pada tahun 1983 dan mula bertugas di SMALHB pada tahun 1984 hingga beliau menghembuskan nafas terakhirnya.
.
- Pernah mengajar matapelajaran Tauhid, Mantiq, Nahu Saraf, Hadith dan Amali Ugama sepanjang berbakti di SMALHB.
.
- Pernah menjadi guru pelatih peraduan-peraduan Akli berbentuk Pidato, Syarahan dan Bahas dan membantu SMALHB dan pelajar-pelajar yang dibimbing hingga mendapat tempat dalam setiap pertandingan.
.
- Memiliki ijazah Master dalam bidang pengkhususan beliau dan banyak membuat kajian.
.


Buku Allahyarham yang bertajuk "Perkembangan Pendidikan Islam Di Singapura-Satu Kes Kajian Madrasah Al-Junied Al-Islamiyyah 1970-1990"

.

Semoga Roh Allahyarham bersama-sama ditempatkan dengan Kekasih-Kekasih Allah..Amin

Jasamu akan tetap kami kenang hingga bila-bila....

Ahad, Januari 11, 2009

Senarai Lantikan Guru-Guru Kanan Setelah Muzakarah Pertama Bersama Pengetua Pada 10hb Januari 2009M

.
Guru Kanan Pentadbiran
- Cikgu Awg Hj Aji Bin Hj Hamdan
- Ustazah Marliani Binti Awg Hj Damit

Guru Kanan Hal Ehwal Pelajar
- Ustaz Hj Saharuddin Bin Hj Patra
- Cikgu Saidah Binti Ismail


Guru Kanan Disiplin
- Cikgu Hj Hasbi Bin Hj Suhaili
- Ustazah Norainah Binti Hj Jakir


Guru Kanan Akademik
- Ustazah Dk Hjh Radiah Binti Pg Hj Mohd Tahir
- Ustazah Hjh Rafidah Binti Hj Masri

Guru Kanan Ko-Kurikulum
- Ustaz Ak Mohd Shahrin Bin Pg Hj Shamsuddin
- Ustazah Hainun Binti Hj Mustapa


.

Muzakarah Kali Pertama Guru-Guru Bersama Pemangku Pengetua

Muzakarah kali pertama 2009M
bersama Pemangku Pengetua
10 Januari 2009
Sabtu
.
Bertempat di Bilik Taklimat, muzakarah bersama Pemangku Pengetua, Ustazah Hajah Asmah binti Haji Randah sedikit terlewat dari tarikh sebelumnya kerana terdapat perubahan beberapa struktur di dalam pentadbiran disebabkan beberapa orang pegawai SMALHB yang berpindah tempat bertugas.
.
Walaubagaimanapun, muzakarah yang bermula pada kira-kira jam 2.15 petang itu berlangsung dengan licin dan menepati sasarannya. Pemangku Pengetua di awal kalamnya mengucapkan tahniah kepada semua guru-guru di atas penat-lelah dan penglibatan mereka sepanjang tahun lepas hingga sekolah ini banyak membuka mata masyarakat khasnya di atas penglibatan dan kejayaan sekolah dalam pertandingan-pertandingan, kerja-kerja amal, kemasyarakatan, keagamaan mahupun yang bercorak kenegaraan.
.



.
Secara keseluruhannya, Pemangku Pengetua berharap pada tahun 2009 ini, pihak guru akan dapat menggandakan usaha padu mereka dalam meningkatkan lagi kualiti produk keluaran SMALHB iaitu para pelajar itu sendiri dari segi akademik, sahsiah, ko-kurikulum dan juga disiplin ke tahap yang lebih cemerlang.
.

Pada petang itu juga, pembahagian tugas secara rasmi telah dumumkan dan buku-buku panduan tahun 2009M telah diedarkan kepada semua guru-guru SMALHB.
.