Rakaman Kuliah Tafsir Al-Quran
(Surah Al-Fatihah)
Jame' Asr Hassanil Bolkiah
30hb Januari 2010M
.(Surah Al-Fatihah)
Jame' Asr Hassanil Bolkiah
30hb Januari 2010M
Teks oleh : Norazriah binti Haji Abd. Aziz (Usuluddin Rummani)
Disunting semula oleh : SMALHB
.Disunting semula oleh : SMALHB
Seramai 20 orang penuntut-penuntut lelaki dan perempuan dari Pra-U I terpilih menyertai rakaman kuliah yang dipermudahcarakan oleh Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awg Othman.
.Ustaz Awg Muhd Zulhafiz bin Tengah (tenaga pengajar di SMALHB) membacakan Ummul Kitab secara tarannum di awal rakaman.
..
Rakaman kira-kira 2 jam ini mengulas dan menafsir keistimewaan Surah Al-Fatihah ini. Yang Berhormat pehin juga menegaskan bahawa solat seseorang itu tidak sah jika bacaan Al-Fatihah tidak sempurna dilakukan. Beliau juga menegaskan bahawa Allah SWT yang bersifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim seperti yang terkandung dalam ayat pertama dalam Al-Fatihah benar-benar bersifat Pengasih dan Penyayang kepada sekalian makhluknya, tidak kira ia seorang yang beriman atau tidak, taat ataupun ingkar.
..
Sesi soal-jawab dari salah seorang peserta dari SMALHB
..
Kuliah seperti ini, selain dapat menambahkan ilmu pengetahuan kepada para penuntut, ianya juga dapat memantapkan lagi akidah setiap muslim dan sebagai motivasi agar menambahkan amalan-amalan zahiriah mahupun batiniah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan